UNTUNG DIGANTUNG FAM! GARY STEVEN ROBBAT AKAN BERLATIH DI BORUSSIA DORTMUND.

Kickbola.netGary akan berlatih bersama B. Dortmund
GARY STEVEN ROBBAT AKAN BERLATIH DI BORUSSIA DORTMUND.

Usaha sama yang terjalin di antara pasukan Johor Darul Ta'zim bersama kelab gergasi Jerman, Borussia Dortmund membolehkan Gary Steven Robbat dihantar ke sana untuk menjalani latihan di bawah kendalian jurulatih mereka.

Gary yang digantung tiga bulan daripada terlibat dengan sebarang aktiviti di bawah anjuran Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan berada di Jerman sepanjang tempuh pergantungan.

Gambar terbaru Gary Steven Robbat yang kini dalam tempoh latihan bersama kelab Borrusia Dortmund. - Foto : Gary Steven Robbat


Semoga Gary akan menggunakan peluang ini untuk mempertingkatkan mutu permainan beliau dan seterusnya dapat memantapkan lagi pasukan JDT.


Gary Steven-Robbat yang digantung 3 bulan dan didenda sebanyak RM50,000 oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini dikhabarkan bakal menjalani latihan di Signal Iduna Park bersama kelab gergasi Borussia Dortmund.

Berdasarkan maklumat yang boleh didapati dilaman sosial, Gary bakal menjalani latihan dibawah kendalian barisan jurulatih gergasi Jerman itu selama tempoh penggantungan kerana FAM tidak membenarkan pemain kelahiram Kulim, Kedah itu berlatih bersama skuad The Southern Tigers musim ini.


Kerjasama yang dijalinkan diantara JDT dan Borussia Dortmund sebelum ini telah membolehkan Gary menimba pengalaman bersama mereka.

Sekiranya tiada halangan dari pihak FAM, tempoh tiga bulan penggantungan Gary Steven-Robbat mungkin boleh dilihat sebagai satu perkara yang positif kerana ianya telah membuka peluang buat pemain itu berlatih di Jerman.
---------

GARY STEVEN ROBBAT TO TRAIN AT BORUSSIA DORTMUND


Thanks to the collaboration between Johor Darul Ta'zim and Borussia Dortmund, Gary Steven Robbat will be heading to Germany to train with the German Giants.

Gary, who has been suspended from all football activities under the Football Association of Malaysia's (FAM) jurisdiction for three months, will spend the entire duration of the suspension in Germany.


We hope that Gary will use this opportunity to gain more exposure and experience, improve his game and contribute to JDT upon his return.

Luaskan Kuasamu Johor.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.