Hatrik Ifedayo benam Sabah FC
KOTA KINABALU: Sabah FC sekali lagi dibelasah teruk apabila tewas 6-0 di tangan Selangor FC yang bertandang ke Stadium Likas, dalam aksi Liga Super, malam ini.Nasib malang Sabah malam ini bermula seawal minit ke-22 apabila penyerang Selangor, Ifedayo Omosuyi merembat masuk hasil kesilapan pemain Sabah yang tersalah menghantar bola di hadapan gawang sendiri.
22' & 24' Gol | Dua minit, dua gol!
— Malaysian Football League (@MFL_MY) September 5, 2021
Ifedayo Omosuyi menjaringkan gol ke-23 dan 24 peribadinya musim ini dan memecahkan rekod gol terbanyak dalam semusim Liga Super!@SabahFCofficial 0-2 @selangorfc #LigaSuper2021 pic.twitter.com/3IiNBrkyi4
![]() |
PENYERANG Selangor Ifedayo Olusegun mengganas di Stadium Likas selepas mencipta hatrik dalam pertembungan menentang Sabah, malam tadi. - IHSAN FB Selangor FC |
![]() |
Pemain Selangor FC meraikan jaringan gol kedua yang dihasilkan oleh Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi pada aksi Liga Super menentang Sabah FC di Stadium Likas, malam ini. - NSTP/Mohd Adam Arinin |
![]() |
Pemain Sabah FC, Park Taesu (dua dari kiri) cuba merebut bola daripada pemain Selangor FC, Aliff Haiqal Lokman Hakim Lau dalam aksi Liga Super di Stadium Likas, malam ini. - NSTP/Mohd Adam Arinin |
![]() |
Pemain Sabah FC, Mohd Amri Yahya (kanan) cuba melepasi pertahanan Selangor FC, Sharul Nazeem Zulpakar. - NSTP/Mohd Adam Arinin |
![]() |
Pemain Sabah FC, Alto Linus (kiri) cuba merampas bola daripada pemain Selangor FC, Jordan Ayimbila pada aksi Liga Super di Stadium Likas, malam ini. - NSTP/Mohd Adam Arinin |
45+1' Gol | Mukhairi Ajmal menambah gol ketiga Selangor sebelum wisel penamat babak pertama ditiup!@SabahFCofficial 0-3 @selangorfc #LigaSuper2021 pic.twitter.com/kGlNEJFEua
— Malaysian Football League (@MFL_MY) September 5, 2021
Bersambung babak kedua, Sabah ditekan lagi dengan gol keempat Selangor yang dicipta sebaik permainan bermula pada minit ke-46 melalui pemain Nor Hakim Hassan yang baru dimasukkan pada babak kedua.
46' Gol | Pemain gantian, Nor Hakim Hassan menjaringkan gol keempat Selangor hanya 30 saat selepas dimasukkan!@SabahFCofficial 0-4 @selangorfc #LigaSuper2021 pic.twitter.com/MdtO8u4Sy1
— Malaysian Football League (@MFL_MY) September 5, 2021
Meskipun Sabah mula mengatur serangan untuk mencari gol pada separuh masa kedua, namun tiada satupun cubaan yang membuahkan hasil.
Pada minit ke-75 permainan, penyerang muda Selangor FC, Ahmad Danial Asri berjaya mencetak nama sebagai penjaring apabila melunaskan peluang yang terhidang. Jaringan tersebut merupakan gol ketiga peribadi Danial dalam saingan musim ini.
76' Gol | Penjaring gol kelima malam ini ialah Danial Asri!@SabahFCofficial 0-5 @selangorfc #LigaSuper2021 pic.twitter.com/Ns9jNlUpIc
— Malaysian Football League (@MFL_MY) September 5, 2021
Penyerang import Selangor FC, Ifedayo Olesugon berjaya mencatat ‘hatrick’ pada minit ke-88 permainan sekaligus memastikan kemenangan buat Selangor FC. Jaringan tersebut merupakan jaringan ke-25 Ifedayo dalam musim ini.
Sabah FC terus kecewa dengan kekalahan kali keempat berturut-turut ini sementara Selangor FC berjaya mengekalkan rekod enam perlawanan tanpa kalah.
Perlawanan tamat Sabah FC 0-6 Selangor FC.
Kongsikan artikel ini:
Tags
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.