Cristiano Ronaldo rasmi guna Jersi angka keramat 7 di Old Trafford

Cristiano Ronaldo rasmi menggunakan Jersi No. 7 di Man Utd

No. 7 di Old Trafford pulang kepada ‘tuan’ asal

LONDON: Cristiano Ronaldo bakal menggunakan angka keramat No. 7 apabila kembali ke pangkuan Manchester United.


Red Devils sudahpun memulakan proses mendapatkan ke­izinan khas untuk bintang Portugal itu dibenarkan menggunakan nombor berkenaan yang sudah didaftar di bawah nama Edinson Cavani.


Laporan Utusan Malaysia – Cavani, 34, dengan rela hati menyerahkan nombor tersebut kepada Ronaldo dan pengumuman rasmi mengenainya akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Cristiano Ronaldo bakal menggunakan angka keramat No. 7 apabila kembali ke pangkuan Manchester United.
Menurut akhbar Britain, sekiranya permohonan United ditolak Liga Perdana, pemain itu akan menggunakan jersi No. 21, namun jika ia diterima maka Cavani akan bertukar kepada No. 21.


Ronaldo kembali ke Old Trafford selepas 12 tahun meninggalkan kelab itu untuk menyertai Real Madrid.

United bersetuju membayar 12.9 juta pound (RM73.46 juta) bagi mendapatkan pemain berusia 36 tahun itu, de­ngan tambahan 6.9 juta pound (RM39.29 juta).


Ronaldo menandatangani perjanjian dua tahun bersama Red Devils, namun penyerang tersebut dilihat berpotensi kekal di Old Trafford sehingga 39 tahun.

Pemilik Ballon d’Or lima kali itu menempa nama di United dengan memakai jersi No. 7, di mana angka tersebut pernah digunakan legenda kelab seperti George Best, Bryan Robson, David Beckham dan Eric Cantona.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.