Ong Kim Swee ketua jurulatih Sabah FC yang baharu

Datuk Ong Kim Swee Letak Jawatan Di FAM Untuk Jadi Ketua Jurulatih Sabah FC

klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)



Datuk Ong Kim Swee meletakkan jawatan selaku Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menjadi Ketua Jurulatih Sabah FC.


Perkara itu diumumkan oleh Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar melalui satu kenyataan media yang dikeluarkan sebentar tadi.

Picture
Kim Swee, kini berusia 50 tahun, menyerahkan surat perletakkan jawatan beliau di Wisma FAM pada hari ini.

“Surat peletakan jawatan itu diserahkan Kim Swee kepada Setiausaha Agung FAM, hari ini dan pihak pengurusan FAM telah menerima peletakan jawatan tersebut, seterusnya mencapai persetujuan bersama untuk melepaskan beliau ke jawatan baharunya itu berkuat kuasa 1 Oktober 2021,” ujar kenyataan tersebut.

Picture
Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar berkata individu yang akan menyandang jawatan terbabit mungkin nama baharu dalam arena bola sepak tempatan. FOTO Ihsan Persatuan Bolasepak Malaysia


Datuk Ong Kim Swee telah berkhidmat bersama FAM selama 14 tahun bermula dari tahun 2007 dengan pelbagai jawatan iaitu ketua jurulatih skuad B-16 kebangsaan, skuad B-17 kebangsaan, skuad Harimau Muda, skuad B-23 kebangsaan, skuad kebangsaan, Ketua Unit Belia dan terakhir sebagai Pengarah Teknikal bermula Januari 2021.


Sepanjang bersama FAM beliau pernah membimbing pasukannya muncul juara Piala Belia 2007, naib juara Piala Belia 2008, juara Liga Premier 2009, pingat emas Sukan SEA 2011, juara Pestabola Merdeka 2013, pingat perak Sukan SEA 2017, suku akhir Kejuaraan B-23 AFC 2018 dan layak ke peringkat kalah mati pada Sukan Asia 2018.

Picture
Ong Kim Swee (Foto oleh How Foo Yeen/Getty Images)

Sabah FC pula tidak mempunyai Ketua Jurulatih sejak memecat pengendali Indonesia, Kurniawan Dwi Yulianto pada penghujung Ogos lalu.

Pasukan dari Borneo itu hanya mencipta empat kemenangan dari 21 perlawanan yang telah dilalui pada musim ini, dan menduduki tempat ke-9 Liga Super.


Perlantikan Datuk Ong Kim Swee dilihat sebagai usaha Sabah untuk membangkitkan kembali prestasi pemain-pemainnya di pertandingan Piala Malaysia selepas ini, dan juga untuk saingan musim akan datang.

SIARAN MEDIA: FAM TERIMA PELETAKAN JAWATAN DATUK ONG KIM SWEE

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ingin mengumumkan peletakan jawatan Pengarah Teknikal FAM, Datuk Ong Kim Swee selepas beliau menerima tawaran sebagai ketua jurulatih Sabah FC yang baharu.


Surat peletakan jawatan itu diserahkan Kim Swee kepada Setiausaha Agung FAM, hari ini dan pihak pengurusan FAM telah menerima peletakan jawatan tersebut, seterusnya mencapai persetujuan bersama untuk melepaskan beliau ke jawatan baharunya itu berkuat kuasa 1 Oktober 2021.

Picture
Datuk Ong Kim Swee meletak jawatan sebagai Pengarah Teknikal FAM dan akan mengemudi skuad Sabah Football Club nanti bermula awal bulan depan. Tahniah Datuk atas peranan baru ini dan semoga berjaya di Sabah!

Kim Swee yang bakal mencecah usia 51 tahun pada 11 Disember depan telah berkhidmat bersama FAM selama 14 tahun bermula dari tahun 2007 dengan pelbagai jawatan iaitu ketua jurulatih skuad B-16 kebangsaan, skuad B-17 kebangsaan, skuad Harimau Muda, skuad B-23 kebangsaan, skuad kebangsaan, Ketua Unit Belia dan terakhir sebagai Pengarah Teknikal bermula Januari 2021.


Antara kejayaan Kim Swee sepanjang bersama FAM ialah membimbing pasukannya muncul juara Piala Belia 2007, naib juara Piala Belia 2008, juara Liga Premier 2009, pingat emas Sukan SEA 2011, juara Pestabola Merdeka 2013, pingat perak Sukan SEA 2017, suku akhir Kejuaraan B-23 AFC 2018 dan layak ke peringkat kalah mati pada Sukan Asia 2018.


FAM mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Kim Swee atas khidmat dan jasanya sepanjang bersama FAM dan mendoakan agar beliau berjaya dengan karier baharunya bersama Sabah FC.

SOURCE: FAM

Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Kickbola Network dan langgan saluran Telegram Obsesbola untuk kemas kini berita bolasepak terkini.




Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.