![]() |
Pemain São Paulo FC / Kebangsaan Brazil, Dani Alves. |
Dani Alves bakar semangat pemain JDT
Johor Darul Ta’zim (JDT) menerima suntikan semangat menjelang aksi Piala Malaysia apabila menerima kata-kata semangat daripada pemain terkemuka Brazil, Dani Alves.Menerusi perkongsian di Instagram Story pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Alves mengucapkan selamat maju jaya kepada juara Liga Super lapan kali berturut-turut itu untuk kempen Piala Malaysia bermula hujung bulan ini.
Hello kawan-kawan dari JDT. Saya mahu mengucapkan semoga berjaya untuk saingan Piala Malaysia.
“Warna anda seperti Barcelona, jadi anda perlu memenangi piala ini, Ayuh lakukannya, saya sentiasa menyokong anda,” katanya.
![]() |
Pemain JDT meraikan jaringan dalam salah satu aksi Liga Super. FOTO Johor Southern Tigers |
Dia memimpin skuad kebangsaan Brazil memenangi pingat emas di Olimpik Tokyo bulan lalu dengan menewaskan Sepanyol 2-1 pada aksi final.
Kejayaan terbaru itu menjadikan Alves antara pemain Brazil paling menyinar dengan mengumpul keseluruhan 43 trofi kejuaraan bersama kelab dan skuad kebangsaan.
Dia pernah mewakili kelab-kelab ternama termasuk Barcelona, Juventus dan Paris Saint Germain (PSG) serta sudah melakukan 118 penampilan bersama skuad kebangsaan Brazil.
SOURCE: Harian Metro
Kongsikan artikel ini: