Sabah FC mahu khidmat Jorge Pereyra Diaz

Picture
Bukan rahsia lagi, pemain import yang pernah menggegarkan Liga Malaysia dan meraih beberapa kejuaraan telah memberi bayangan bahawa beliau mahu kembali bagi menghadapi saingan musim 2021. Pemain yang dimaksudkan ialah bekas penyerang Johor Darul Ta’zim, Jorge Pereyra Diaz.
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)

Sabah mahu Diaz

Selepas 3 tahun meninggalkan Johor Darul Ta'zim, Jorge Pereyra Diaz dikhabarkan akan kembali mewarnai kancah Liga Malaysia.

Ketua jurulatih Sabah FC, Kurniawan Dwi Yulianto, mengakui perpindahan hangat itu namun pihak pengurusan harus bertindak cepat sebagai persiapan menghadapi sepak mula Liga Super, hujung bulan depan.

Picture
Permainannya cocok dengan corak permainan kami.
“Kami perlu adakan kesepakatan dengan secepat mungkin agar dia boleh datang dengan segera,” kata jurulatih dari Indonesia itu yang mengemudi pasukan meraih tangga ke-10 musim lalu, sekali gus mengelak penyingkiran.


Picture
Diaz kini beraksi bersama San Marcos de Arica di saingan Primera B de Chile (Liga divisyen 2 Chile) dan telah merekodkan 2 gol dalam 6 penampilan sejak menyertai kelab itu pada hujung bulan November tahun lalu.
Primera B de Chile untuk musim 2020 sudahpun berakhir pada Ahad lalu.

Kurniawan Dwi Yulianto sekali lagi diberi tanggungjawab untuk mengendalikan pasukan Sabah musim ini selepas membantu kelab itu mengelak daripada tersingkir ke saingan Liga Perdana musim ini.

Bagi Diaz pula, bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) beraksi di Mexico, Argentina dan Bolivia setelah meninggalkan skuad Harimau Selatan pada 2018 lalu.

Diaz mempunyai pengalaman luas dalam saingan Liga Malaysia dimana beliau pernah muncul sebagai penjaring terbanyak saingan Liga Super pada musim 2016.

Perkara ini turut dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhemi Zainal Azam dimana Diaz telah mengadakan rundingan bersama pasukan yang akan bersaing di Liga Super.
Diaz sebelum ini pernah memberi bayangan bahawa beliau bakal menyertai sama ada pasukan Sabah ataupun Kedah bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan.


Menerusi Instagram Story miliknya, Diaz pernah menulis satu post dengan menggunakan bahasa Sepanyol iaitu de vuelta à Malásia yang bermaksud kembali ke Malaysia dan menyebut dua pasukan iaitu Sabah serta pasukan Kedah pada musim 2020.


Diaz merupakan salah satu pemain import terbaik yang pernah mewarnai kancah Liga Malaysia dimana beliau pernah membantu JDT memenangi beberapa kejuaraan domestik selama tiga musim beraksi bersama pasukan itu. Pemain berusia 30 tahun itu pernah membantu JDT memenangi Liga Super pada musim 2014 dan 2015 selain Piala Sumbangsih pada 2014 dan Piala FA pada 2016 dimana pada perlawanan akhir, skuad Harimau Selatan menewaskan PKNS FC.

Selain itu, Jorge Pereyra Diaz juga pernah memenangi gelaran individu iaitu Penjaring Terbanyak Liga Super musim 2016 dengan catatan 18 gol, dua gol dihadapan rakan sepasukan ketika itu iaitu Juan Martin Lucero yang mencatat 16 jaringan. Sekiranya Diaz kembali ke saingan Liga Malaysia, maka beliau akan menjadi salah satu penyerang berbahaya dan bakal memberi kelebihan kepada pasukan yang mendapatkan khidmat beliau.

Ini kerana Diaz mempunyai pengalaman beraksi di Malaysia dan telah membiasakan diri dengan cabaran dan juga saingan yang bakal dihadapi.


Picture
Ketika beraksi bersama JDT, Jorge Pereyra Diaz telah memenangi beberapa gelaran domestik seperti Liga Super (2014,2016), Piala Sumbangsih (2015,2016,2018) dan Piala FA (2016). Selain itu, Diaz juga memenangi anugerah Kasut Emas Liga Super musim 2016 dimana beliau menjaringkan 18 gol.
Apa yang pasti, kelibat Diaz bagi pasukan Sabah dilihat bakal mengukuhkan lagi jentera serangan kerana beliau sememangnya seorang pemain yang berkualiti dan mempunyai pengalaman beraksi di Liga Malaysia.

Hebat Persaingan musim hadapan semakin menarik. Adakah Sabah FC yang akan berjaya dalam perebutan ini? Kita sama-sama lihat.

SOURCE: RED BULL

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.