Bobby Gonzales (kiri) menerima surat tawaran daripada Pengurus Sabah FC, Ahmad Marzuki Nasir. - Foto ihsan FB Sabah FC.
Bekas penyerang pasukan Sarawak dan Pulau Pulau Pinang, Bobby Gonzales kembali menyarung jersi Sabah selepas turut disenaraikan bagi memperkuatkan pasukan menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.
Beliau dilaporkan adalah antara pemain yang sudah menandatangani surat tawaran sebaik selesai sesi pemilihan yang dikendalikan ketua jurulatih dari Indonesia, Kurniawan Dwi Yulianto baru-baru ini.Bobby, 36, memulakan kerjaya bola sepak bersama pasukan Sabah pada 2003 hingga 2011 sebelum dipinjam Sarawak pada 2012, seterusnya kekal menyarung jersi skuad Bujang Senang itu sehingga 2013.
Beliau kemudian beralih ke pasukan lain, antaranya PDRM (2014), Perak (2015), FELDA United (2016), PKNS (2017) dan kembali lagi ke Sarawak pada 2018 hingga 2019 sebelum mewakili Pulau Pinang pada tahun lalu.
Selain Bobby, turut menandatangani kontrak bersama Sabah FC ialah ketua pasukan yang juga tonggak pertahanan musim lalu, Rawilson Batuil. Pemain berusia 27 tahun berasal dari Kota Marudu itu menjadi pemain tempatan pertama menandatangani kontrak.
Berdasarkan maklumat yang dimuat naik dalam akaun Facebook rasmi Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), beberapa lagi nama pemain disenarai untuk membawa cabaran skuad Sabah FC musim ini.
Antaranya adalah Alto Linus, Rozaimie Rohim, Jenius Karib, Sabri Sahar, Mohd Azzizan Nordin, Dendy Lowa, Mohd Syukri Baharun, Rahman Shah Marajeh dan Ricco Nigel Milus. Selebihnya ialah Evan Wensley Wenceslaus, Mohd Azwan Fattah, Ariusdius Jais dan Ummareng Bachok.
Pemain pertahanan dari Korea Selatan, Park Tae Su adalah pemain import tunggal dikekalkan musim ini. Diifahamkan pengurusan pasukan mahu menambah lagi pemain import termasuk dari Indonesia bagi kuota Asia Tenggara untuk memantapkan pasukan.
Senarai rasmi pemain skuad Sabah FC hanya diketahui pada majlis memperkenalkan pemain dan pelancaran jersi rasmi pasukan yang dijadualkan pada 14 Februari ini. Majlis itu dijangka disempurnakan Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola
Tags
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.