Buru Pereyra Diaz ganti Shitembi, jangan pandang Sabah sebelah mata

Mantap baa, tengok pada senarai pemain Sabah 2021 bukan kaleng-kaleng ..... era gemilang bolasepak Sabah akan kembali?.

klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)


Buru Pereyra Diaz ganti Shitembi, jangan pandang Sabah sebelah mata

Sabah FC mungkin telah kehilangan salah seorang pemain import mereka yang cukup berpengaruh dalam kelibat Petrus Shitembi yang menyertai Terengganu FC bagi musim 2021, tetapi mereka nampaknya sudah mempunyai calon tepat untuk mengisi kekosongan tersebut.

Pemain yang menjadi buruan Tambadau adalah bekas penyerang sensasi Johor Darul Takzim (JDT) Jorge Pereyra Diaz dan pengendali pasukan, Kurniawan Dwi Yulianto mengakui pihak pengurusan sedang berusaha untuk membawa masuk penyerang dari Argentina itu.

Sebagai rekod, Jorge Pereyra Diaz menyertai skuad Harimau Selatan pada 2014 dan sentuhan berbisanya pantas menjadikannya pemain kesayangan di Larkin.

Dia muncul sebagai penjaring terbanyak Liga Super pada musim 2016 dengan menjaringkan 18 gol. Selepas semusim meninggalkan pasukan pada 2017, dia kembali menyarung jersi JDT pada 2018 tetapi hanya beraksi beberapa perlawanan awal.

Sepanjang bersama JDT, Jorge Pereyra Diaz memenangi dua trofi Liga Super, sekali Piala FA dan tiga trofi Piala Sumbangsih.

Sabah FC pula akan beraksi dalam musim kedua mereka di saingan Liga Super dan mensasarkan musim yang lebih gemilang setelah mengharungi musim 2020 yang agak hambar apabila sekadar menamatkan saingan di tempat kesepuluh.

Lebih malang, perlawanan terakhir liga bagi musim lalu menyaksikan Sabah FC terpaksa memberikan kemenangan percuma kepada Uitm FC gara-gara pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang menyaksikan mereka tidak mendapat lampu hijau untuk terbang ke semenanjung.

Persiapan di kem Tambadau ketika ini dilihat rancak, mereka telah melantik semula Kurniawan (yang pada awalnya tidak disambung kontrak) dan setakat ini telah mengekalkan beberapa pemain tonggak utama tempatan.

Antara pemain yang dikekalkan adalah Rawilson Batuil, Rozaimi Rohim, Alto Linus, Jenius Karib, Sabri Sahar, Azzizan Nordin, Dendy Lowa, Syukri Baharun, Rahman Shah Marajeh, Ricco Nigel Milus, Umareng Bachok, Evan Wensley Wenceslaus, Azwan Fattah serta pemain skuad B-19 kebangsaan Ariusdius Jais.

Mereka juga telah menandatangani khidmat penyerang veteran berusia 37 tahun, Bobby Gonzales yang kembali berkhidmat di negeri kelahirannya itu buat kali ketiga selain pemain import yang masih merupakan anggota skuad kebangsaan Jamaica, Dane Kelly.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.