Bung Moktar dilantik pemangku presiden Sabah FA

Bekas Penaung Felcra FC Datuk Seri Bung Moktar Radin secara rasmi menjadi Pemangku Presiden SAFA hari ini.
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)



BREAKING NEWS : Datuk Bung Moktar Radin di lantik Pemangku President SAFA

Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) mengumumkan pelantikan Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin sebagai pemangku presiden baharu.

Picture


Keputusan itu dibuat dalam satu mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi SAFA yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden SAFA Datuk Abdul Rahman Zakaria yang juga memangku jawatan presiden persatuan berkenaan sebelum ini.

“Kita telah berjumpa dengan Bung,” katanya kepada Bernama.

“Beliau bersetuju dilantik sebagai pemangku presiden sebelum dilantik secara sah sebagai Presiden SAFA dalam Mesyuarat Agung SAFA akan datang.

“Kita tahu beliau mempunyai pengalaman kerana pernah menjadi penaung pasukan bola sepak Felcra FC beberapa tahun lepas.”

Tambah Abdul Rahman, Datuk Verdon Bahanda akan berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Sabah FC.

“Kita serahkan Verdon untuk mengurus Sabah FC dan kita SAFA mengurus di bahagian induk kerana sekiranya induk bermasalah pasukan Sabah FC juga akan bermasalah”.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.