Junior Eldstål​ bakal buat comeback bersama Sabah FC

Antara pasukan yang berbuat demikian adalah Sabah FC apabila dikhabarkan dalam usaha membawa masuk bekas pemain kebangsaan Junior Eldstal untuk bersama mereka musim depan.
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)



Junior Eldstål​ dalam radar Sabah FC

Sabah FC dikhabarkan dalam usaha membawa masuk bekas pemain kebangsaan Junior Eldstal untuk bersama mereka musim depan.

Bekas pemain kebangsaan, Junior Eldstal kembali mewarnai aksi Liga Malaysia (Liga M) selepas dilaporkan bakal meninggalkan pasukan kelab bola sepak Metropolitan Police FC yang berpangkalan di England.

Picture

Antara pasukan yang berbuat demikian adalah Sabah FC apabila dikhabarkan dalam usaha membawa masuk bekas pemain kebangsaan Junior Eldstal untuk bersama mereka musim depan.

Pengurus pasukan itu, Gavin Macpherson menyampaikan ucapan terima kasih kepada pemain tengah berdarah kacukan Malaysia-Sweden yang telah memberikan sumbangan besar sepanjang tempoh tiga tahun beraksi bersama pasukannya.

Picture

"Ini adalah peluang terbaik dan dengan pengalaman yang dimiliki, ia adalah terbaik untuk Junior. Saya mahu merakamkan ucapan terima kasih kepada Junior atas usahanya selama tiga musim bersama pasukan kami. Dia adalah pemain yang popular dan penting dalam pasukan. Saya teruja untuk melihat perkembangannya di luar negara," katanya dalam kenyatan di laman web kelab www.pitchero.com/clubs/metropolitanpolicefc.

Pemain berusia 29 tahun itu memainkan peranan penting dalam kejayaan kelab memenangi perlawanan play-off Liga Selatan dua tahun lalu, dan sejak itu menjadi watak penting dalam pasukannya.

Picture

Junior Eldstal merupakan pemain tengah bertahan yang menyinar pada awal kemunculannya dalam kancah liga bola sepak tempatan bersama Sarawak sekitar 2013.

Picture

Corak permainan yang agresif dan fizikal sasa menjadikan anak kelahiran Sabah itu mendapat tumpuan peminat bola sepak tempatan. Berdarah kacukan Sweden, Junior tidak mengambil masa lama untuk dipanggil mewakili pasukan kebangsaan.

Picture

Tahun 2013, selain menyinar bersama pasukan Sarawak, Junior turut mendapat panggilan mewakili pasukan kebangsaan. Musim debut yang cemerlang baginya.

Picture

Pada 2015, Junior menerima tawaran daripada pasukan juara Liga Super, JDT. Di kelab itu, Junior Eldstal lebih banyak bermain sebagai pemain bek tengah. Di kelab itu juga, dia mengecapi beberapa kejuaraan termasuklah Liga Super untuk 3 musim berturut-turut iaitu tahun 2015, 2016, 2017.

Junior Eldstal juga memenangi Piala FA serta Piala Malaysia masing-masing sekali pada tahun 2016 dan 2017. Piala Sumbangsih pula pada tahun 2015, 2016 dan 2018.

Lebih manis apabila Junior Eldstal membantu JDT mencatat sejarah memenangi kejuaraan AFC Cup pada 2015.

Namun kecederaan sentiasa menghantui pemain itu sehingga sukar untuk mempamerkan aksi terbaiknya. 

 

Pada musim 2018, Junior dipinjamkan ke JDT II.

Picture

Kita nantikan kemunculan semula Junior bersama Rozaimi Abd Rahman di Sabah FC musim 2021

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.