Rozaimi tekad mahu kembali Sarung Jersi Harimau Malaya

Pemain dari Negeri Di Bawah Bayu itu sedang mempertimbangkan pasukan negeri kelahirannya musim depan.
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)



Rozaimi buru minit permainan bersama pasukan baru

Rozaimi Abdul Rahman mahu kembali ke pangkuan skuad negara selepas lima tahun menyepi di pentas antarabangsa.

Walaupun bekas penggempur kebangsaan itu masih dalam fasa pemulihan selepas ditimpa kemalangan kereta, Johor Darul Ta'zim (JDT) II memberinya ruang untuknya melanjutkan karier yang berdepan situasi tidak menentu ketika itu.

Picture
CEO Sabah FC berkesempatan bertemu dgn Rozaimi Abdul Rahman. Apa-apapun diharap semua peminat dan penyokong Sabah FC bersabar sehingga pengumuman rasmi dibuat oleh CEO Sabah FC.

Pemain dari Negeri Di Bawah Bayu itu sedang mempertimbangkan empat pasukan Liga Super, termasuk pasukan negeri kelahirannya musim depan.

"Pasukan yang akan disertai saya itu mestilah mampu membantu saya mencari prestasi sebenar.


"Selain mahu mendapatkan minit permainan, saya berharap dapat membantu mereka pergi lebih jauh," katanya.

Apa yang penting, keutamaan Rozaimi tertumpu kepada minit permainan demi memastikan kelibatnya kembali mendapat perhatian jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe.


Pemain berusia 28 tahun itu masih memiliki tempoh masa yang relevan untuk membuat kemunculan semula.

"Sudah lama saya tidak beraksi di peringkat antarabangsa, terpulang kepada jurulatih untuk menilainya.


"Tetapi saya perlu bermain dalam Liga Super barulah saya layak beraksi untuk pasukan kebangsaan. Itulah niat saya."

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.