Lucas Kalang Laeng ketua jurulatih baharu Sabah FC?

Untuk rekod Lucas Kalang Laeng merupakan pemegang Lesen ‘A’ AFC/FAM/A1/002 dan Diploma AFC
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)



LUCAS KALANG LAENG JURULATIH BARU SABAH FC

Sabah melantik jurulatih kelahiran Sarawak bagi menggantikan Kurniawan Dwi Yulianto yang tidak dikekalkan musim depan.

Menurut Wartawan Astro Arena Zulhelmi Zainal, Sabah bakal melantik jurulatih asal Sarawak itu bagi menggantikan Kurniawan Dwi Yulianto yang tidak disambung kontrak. 

 
Sabah FC bakal mendapat sentuhan tempatan apabila secara rasminya mengumumkan pelantikan Lucas Kalang Laeng sebagai ketua jurulatih baharu bagi menghadapi kempen Liga Malaysia 2021. 

Keputusan melantik Ketua Jurulatih berasal dari Sarawak tersebut dibuat memandangkan kelebihan yang dimiliki selain daripada Lesen Pro A, Jurulatih tersebut juga mempunyai kepakaran dalam bidang Sains Sukan. 

 


Difahamkan, calon tersebut ialah Lucas Kalang Laeng. Beliau mungkin tidaklah begitu dikenali dikalangan penyokong Sabah. Siapakah Jurulatih ini?

Picture
Lucas Kalang Laeng memiliki Diploma Kejurulatihan Profesional AFC dan Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan Universiti Malaya.

Picture
Bekas pembantu kepada Jurulatih Alan Vest.

Picture
Pernah bermain dengan Sarawak
Lucas merupakan salah seorang daripada 9 jurulatih dari Malaysia yang pernah mengikuti kursus kejurulatihan Diploma Profesional AFC 2019-2020 bertempat di Osaka dan Saitama, Jepun pada Oktober 2019 lalu. 

 



Pada tahun ini, Lucas tidaklah membimbing mana-mana pasukan profesional dan memegang jawatan Ahli Jawatankuasa Persatuan Jurulatih Bolasepak Sarawak.

Picture
Menariknya, Beliau mengambil lesen Kejurulatihan Diploma Pro AFC tarikh dan tempat yang sama bersama-sama dengan Kurniawan Dwi Yulianto di Jepun.

Picture
Lucas menyertai lapan orang jurulatih bola sepak lain dari Liga Malaysia, dan 11 orang jurulatih bola sepak luar negara lain ke kursus tersebut.

Lucas menyertai lapan orang jurulatih bola sepak lain dari Liga Malaysia, dan 11 orang jurulatih bola sepak luar negara lain ke kursus tersebut.

Picture
Pernah menjadi Ahli Majlis Sukan Sarawak.

Berita mengenai Ketua Jurulatih baru Sabah akan datang sedikit mengejutkan segelintir peminat bolasepak Sabah. Ini disebabkan Ketua Jurulatih yang mungkin dilantik merupakan jurulatih yang sudah lama tidak membimbing mana-mana pasukan profesional di negara ini.

Picture
Banyak terlibat dengan pembangunan akar umbi.

Namun, Lucas adalah orang lama dalam dunia bola sepak dan merupakan jurulatih yang tidak asing di kalangan peminat bolasepak Sarawak yang lebih tahu mengenai jurulatih tersebut. Pencalonan Lucas sebagai Ketua Jurulatih Sabah dipercayai disebabkan faktor komunikasi dan jurulatih tempatan adalah keutamaan Sabah.

Picture

Samada betul atau tidak Lucas akan menggalas tugas sebagai Ketua Jurulatih Sabah FC yang baharu kelak sememangnya masih lagi satu spekulasi liar dan buat masa ini hanya Sabah Football Club Sdn Bhd akan mampu menjawabnya.

Langkah tersebut bersesuaian dengan berikutan peraturan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang mewajibkan ketua jurulatih bagi pasukan Liga Super perlu memiliki lesen kejurulatihan Pro A Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Picture

Sabah FC tidak mempunyai pilihan lain kerana ketua jurulatih sedia ada, Jelius Ating tidak mempunyai lesen yang diwajibkan.

Apa-apa pun kita tunggu pengumuman rasmi daripada pihak pengurusan Sabah FC.👍

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.