Fernando Torres lagenda Chelsea FC

Beliau menjaringkan gol sulung bersama The Blues pada 23 April 2011 ketika Chelsea menewaskan West Ham. Gol tersebut mengakhiri kemarau 903minit tanpa sebarang jaringan beliau.
El Nino lagenda Chelsea FC

Fernando Torres atau El Nino hadir ke London dengan saga penuh drama dan kontroversi. Sebelum berhijrah ke Stamford Bridge, Liverpool telah menolak tawaran daripada Chelsea sebanyak £40juta.

Torres kemudiannya, dua hari selepas itu telah menghantar surat rasmi kepada The Reds untuk berhijrah ke Chelsea. Lantas, Chelsea mengeluarkan dana sebanyak £50juta untuk membawa Torres ke Chelsea.

Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti menyatakan bahawa perpindahan Torres merupakan permintaan daripada Roman Abramovich dan beliau terpaksa menggunakannya sebaik mungkin.

Kehadiran Torres ke Barat London bukanlah suatu kisah klasik yang penuh dengan rasa romantis mahupun kecintaan. Beliau hadir dengan keadaan baru pulih dari kecederaan dan tidak cergas seperti di Liverpool.

Beliau menjaringkan gol sulung bersama The Blues pada 23 April 2011 ketika Chelsea menewaskan West Ham. Gol tersebut mengakhiri kemarau 903minit tanpa sebarang jaringan beliau.

El Nino melalui musim yang suram. Kehadiran beliau mula digelakkan oleh para peminat bola sepak di seantero dunia. Perpindahan ke Chelsea yang memecahlan rekod perpindahan British menjadi bahan gurauan bahawa beliau sudah tidak boleh bermain bola sepak dengan baik.

Torres bagaimanapun sangat bernasib baik. Sepanjang karier gelapnya di Chelsea, Abramovich masih mengekalkan beliau malah jualan jersi di atas namanya merupakan pasaran tertinggi di EPL.

Torres yang berjersi nombor 9 akhirnya membayar £50 juta dengan jaringan ikonik ke atas gergasi Eropah, Barcelona dalam pertembungan di Nou Camp yang menyaksikan The Blues melangkh ke final UCL pada tahun 2012.

Beliau seterusnya membantu Chelsea menumpaskan Bayern Munich di Allianz Arena pada pentas final dan menjulang Piala UCL pertama dalam sejarah The Blues.

Pada musim berikutnya, Torres menjaringkan gol dalam final UEL di Amsterdam bagi membantu Chelsea menjulang pula kejuaraan UEL dengan menewaskan Benfica.

Torres dalam masa yang sama juga merupakan sebahagian daripada skuad utama Sepanyol yang menjulang Piala Dunia 2010, Piala Eropah 2008 dan 2012.

Selepas lima tahun menabur bakti di Stamford Bridge, dengan 110 perlawanan, Torres berjaya menjaringkan 20 gol sebagai pemain Chelsea.

Walaupun tidak seindah khabar, kehadiran Torres sangat unik. Ibarat udara yang tidak kelihatan di mata kasar, itulah Torres sewaktu di Chelsea. Beliau ada walaupun kadangkala kelibatnya seperti tidak kelihatan.


El Nino lagenda biru.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.