KENYATAAN RASMI DARI TENGKU MAHKOTA JOHOR TMJ


"KENYATAAN RASMI DARI TMJ"

Assalamualaikum kepada semua peminat dan penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT).

Disini saya ingin meluahkan rasa dukacita kerana majoriti daripada anda begitu cepat melatah dan terus membuat spekulasi tanpa mengetahui cerita dan fakta yang sebenar.



Pertamanya, usahlah anda semua menjadi mangsa batu api  dimana bekas pemain JDT, Andre Silva ada membuat kenyataan melalui laman sosial miliknya yang mana secara peribadi menyatakan ada ejen pemain Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) merupakan dalang disebalik peristiwa ini sedangkan apa yang berlaku adalah sebaliknya. Andre yang sebenarnya merayu kepada ejen tersebut untuk kembali beraksi bersama pasukan JDT namun pemintaannya telah ditolak oleh pengurusan PBNJ dan sekarang ini menuduh pula ejen tersebut menjadi dalang dalam PBNJ. Ingin saya kongsikan bersama anda semua iaitu detik ketika Andre masih lagi berkhidmat untuk pasukan JDT, saya diberitahu oleh pemain lain dan jurulatih bahawa beliau ada membuat kenyataan bahawa beliau sudah tidak sabar untuk meninggalkan pasukan kerana tindakan pengurusan mengenepikan Fandi Ahmad sebagai jurulatih pasukan.



Ini membuatkan saya tidak mempunyai pilihan selain menamatkan kontrak beliau kerana polisi kami jelas tidak mahukan pemain yang tidak mempunyai keinginan untuk bersama pasukan. Jadi janganlah anda menjadi mangsa sehingga menyebabkan kita berpecah belah oleh kerana hal-hal peribadi orang lain yang punyai agenda tersembunyi.



Keduanya, berkenaan jurulatih berpengalaman Cesar Jiminez. Masalah yang paling besar adalah dari segi komunikasi. Ini kerana sewaktu didalam bilik persalinan, para pemain kurang faham dan jelas dengan arahan yang diberikan oleh Jimenez disebabkan beliau kurang fasih dengan Bahasa Inggeris serta beliau gagal memotivasikan para pemain dalam setiap perlawanan. Para pemain juga manusia dan perlu diberikan motivasi, bukan setakat diarahkan sahaja melaksanakan tugas.



Ketiganya, keputusan untuk menukar Baihakki Khaizan dan Pablo Aimar adalah cadangan Cesar Jimenez dan saya semasa beliau masih menerajui pasukan JDT.

Baihakki merupakan seorang pemain pertahanan yang bagus namun untuk bersaing dengan penyerang-penyerang import pihak lawan, kita perlu mendapatkan pemain yang mempunyai pengalaman luas diperingkat antarabangsa. Cesar mencadangkan bahawa kita perlukan pemain yang mempunyai fizikal lebih besar dan kuat.

Pablo Aimar pula sekarang ini masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan yang mana beliau tidak dapat memberikan persembahan 100% diatas padang dimana selepas beliau beraksi dalam 2 perlawanan kami terpaksa merehatkan beliau untuk 6 perlawanan berikutnya kerana kecederaan. Dengan jumlah pelaburan yang tinggi, kita tidak bernasib baik buat masa ini apabila hanya mampu menggunakan satu pemain import antarabangsa serta satu import Asean dan ianya amat merugikan pasukan. Sehubungan itu, pihak kejurulatihan telah mencadangkan kepada ppengurusan PBNJ untuk mendapatkan pemain baru yang berkeupayaan untuk beraksi dan cergas selama 90 minit perlawanan.


Ini juga untuk mengimbangi serta menyaingi pasukan lain oleh kerana kebanyakan pasukan lain sendiri mempunyai tiga pemain import yang berwibawa dan kelebihan nyata berpihak kepada mereka apabila kita kekurangan pemain yang benar-benar berkualiti di atas padang.

Keempat, berkenaan percaturan PBNJ yang sering menukar ganti pemain. Pihak pengurusan harus menghormati permintaan pihak jurulatih sebagai contoh, jika jurulatih perlukan penyerang yang baru, kita harus berusaha mendapatkan pertahanan/ pemain tengah/penyerang yang baru. Pihak pengurusan seharusnya menyokong setiap saranan jurulatih demi mencapai sasaran kita.



Kelima, isu perlantikan Bojan Hodak adalah berdasarkan rekod pencapaian beliau dimana beliau pernah memenangi empat kejuaraan serta pengalamannya yang luas di dalam liga Malaysia disamping beliau amat mengenali kekuatan pemain-pemain dan pasukan tempatan. Disini ingin saya nyatakan bahawa Cesar Jiminez masih lagi berada di dalam PBNJ selaku Pengarah Taktikal dan akan terus membantu Bojan Hodak. Beliau juga akan membimbing dan mendidik pemain-pemain muda dalam pasukan JDT II dan Piala Presiden.

Akhir sekali para penyokong haruslah bersyukur dengan pasukan yang telah dibentuk sekarang ini daripada barisan pemain, jurulatih hinggalah ke penaja pasukan dimana kita mampu untuk bersaing dengan pasukan- pasukan lain. Kita juga harus menjadi contoh sebagai sebuah persatuan bolasepak yang profesional di Malaysia khususnya. Perlu juga dilihat dari sudut yang positif dan usah hanya memandang kepada yang negatif, lakaran tiga kemenangan berturut-turut telah memberikan nafas baru untuk kita terus bersaing.

Saya selalu memberi nasihat kepada sekalian rakyat Johor untuk sentiasa bersatu bak kata pepatah 'Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh'. Kita harus sedar bahawa kita belum lagi mencapai objektif utama kita dan jangan pula menjadi bahan cacian pasukan-pasukan lain. Jika dilihat apa yang telah berlaku, belum mencapai apa-apa lagi kita sudah berpecah belah. Sepertimana yang saya pernah katakan dahulu, kita seharusnya menjadi contoh kepada pasukan-pasukan lain.

Kepada anda yang begitu mudah sangat mengugut untuk mengosongkan stadium, apa yang anda katakan telah menunjukkan kepada saya bahawa anda jelas kurang keyakinan dengan pentadbiran saya selaku Presiden PBNJ. Maka dengan itu, saya tidak teragak-agak untuk mengundur diri dan memberi laluan kepada mana-mana individu yang anda fikirkan layak.

DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim
Tunku Mahkota Johor

*********************************************

Assalamuaalaikum to all Johor Darul Ta'zim's fans and supporters.

I would like to take this opportunity to express my disappointment due to a majority of you out there jumping to conclusions and speculating without actual facts and truth.

First and foremost, I do not want any of you to fall victim to baseless allegations made by ex JDT player Andre Silva via social media. He has alleged that an agent of Johor FA has been instigating termination of foreign players within JDT. The truth is quite the opposite. Andre had in recent months pleaded to the agent wanting to return and play for JDT. However, Andre was turned down by the Management of Johor FA and following this has blatantly blamed the agent and accusing him of foul play. Personally I would like to share with all of you that when Andre was still playing for JDT, I was informed by other players and the coaching staff that he had a made statement saying that he cant wait to leave Johor because we had replaced Fandi Ahmad as Coach. This left me with no choice but to terminate his contract earlier because our policy is to not retain players who no longer show interest to play for the club. We should not let ourselves fall victim to other people's personal problems and hidden agenda.



Secondly regarding Cesar Jiminez. Cesar Jiminez is fantastic coach and very experienced, but the biggest problem encountered with Cesar is the language barrier. It is evident in the dressing room whereby the players do not completely comprehend the instructions given by Cesar as his command in English is not very good. Hence, its very difficult for him to motivate the players at every game. Players are after all humans too and every now and again needs to be motivated and not just ordered around.

Thirdly, the decision to change Baihakki and Pablo Aimar was actually a decision made by Cesar and I when he was still Head Coach of JDT.

Baihakki is a phenomenal defender however, for us to compete with foreign strikers from opposing teams, we need a defender with vast international experience. Cesar suggested that we needed a defender with greater physical ability.

As it is now, Pablo Aimar has not fully recovered from his injury and cannot contribute 100% in the games played. After playing 2 matches for JDT, we had to sit him out of 6 matches due to the injuries succumbed. With the high investment that we have made for our foreign players, we expected to field 3 foreign players at all times. However due to Pablo's injury, we were only able to field 1 foreign and 1 Asean player. Clearly from this, we were not able to maximise our investment and with the advice of the coaching staff it is important for us to have 3 foreign players at all times.

Fourthly, in regards to constant change in foreign players, the Management must respect the requests made by the Coach. For example, should the coach needs a stricker/midfielder/defender, it is the Managements duty to support the coach's request in order for the team to achieve its target.

Fifthly, the appointment of Bojan Hodak is entirely based on merits. Bojan is a highly decorated coach who have won 4 Championships and has a vast experience in Malaysian football. Apart from that, he also knows the strengths and weaknesses of our local players and teams. I would also like to inform all of you, that Cesar Jiminez is still apart of Johor FA as a Tactical Director and continues to assist Bojan. He is also overlooking JDT Under-21 as well as JDT2, training and nurturing Johor's young players.

Last but not least, as fans of JDT, we must appreciate and should be thankful with the team we have now in every aspect from the players, coaches, all the way through to the sponsors. We must be an example as a professional football association in the country.

We must also remain positive at all times. We have enjoyed 3 consecutive wins and this has given us the fighting spirit and hope that we still have a chance to fight for the title race.

I have always adviced all my fellow Johoreans that no matter what, always remain united. Like the saying goes, "United we stand, divided we fall". We must realise that we have not achieved our objectives yet. Let us not be a laughing stock and be ridiculed by other states who may accuse us of falling apart before achieving anything. Let me reiterate that we should be an example to other states.

To those who so easily threatens the association by boycotting our state teams, it clearly indicates to me that you have no confidence in my administration and judgements. With this, I would gladly make way for anyone that you believe is capable in serving as Johor FA's President.

HRH Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim
The Crown Prince of Johor
Assalamualaikum kepada semua peminat dan penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT).

Disini saya ingin meluahkan rasa dukacita kerana majoriti daripada anda begitu cepat melatah dan terus membuat spekulasi tanpa mengetahui cerita dan fakta yang sebenar.

Pertamanya, usahlah anda semua menjadi mangsa batu api dimana bekas pemain JDT, Andre Silva ada membuat kenyataan melalui laman sosial miliknya yang mana secara peribadi menyatakan ada ejen pemain Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) merupakan dalang disebalik peristiwa ini sedangkan apa yang berlaku adalah sebaliknya. Andre yang sebenarnya merayu kepada ejen tersebut untuk kembali beraksi bersama pasukan JDT namun pemintaannya telah ditolak oleh pengurusan PBNJ dan sekarang ini menuduh pula ejen tersebut menjadi dalang dalam PBNJ. Ingin saya kongsikan bersama anda semua iaitu detik ketika Andre masih lagi berkhidmat untuk pasukan JDT, saya diberitahu oleh pemain lain dan jurulatih bahawa beliau ada membuat kenyataan bahawa beliau sudah tidak sabar untuk meninggalkan pasukan kerana tindakan pengurusan mengenepikan Fandi Ahmad sebagai jurulatih pasukan. Ini membuatkan saya tidak mempunyai pilihan selain menamatkan kontrak beliau kerana polisi kami jelas tidak mahukan pemain yang tidak mempunyai keinginan untuk bersama pasukan. Jadi janganlah anda menjadi mangsa sehingga menyebabkan kita berpecah belah oleh kerana hal-hal peribadi orang lain yang punyai agenda tersembunyi.

Keduanya, berkenaan jurulatih berpengalaman Cesar Jiminez. Masalah yang paling besar adalah dari segi komunikasi. Ini kerana sewaktu didalam bilik persalinan, para pemain kurang faham dan jelas dengan arahan yang diberikan oleh Jimenez disebabkan beliau kurang fasih dengan Bahasa Inggeris serta beliau gagal memotivasikan para pemain dalam setiap perlawanan. Para pemain juga manusia dan perlu diberikan motivasi, bukan setakat diarahkan sahaja melaksanakan tugas.

Ketiganya, keputusan untuk menukar Baihakki Khaizan dan Pablo Aimar adalah cadangan Cesar Jimenez dan saya semasa beliau masih menerajui pasukan JDT.

Baihakki merupakan seorang pemain pertahanan yang bagus namun untuk bersaing dengan penyerang-penyerang import pihak lawan, kita perlu mendapatkan pemain yang mempunyai pengalaman luas diperingkat antarabangsa. Cesar mencadangkan bahawa kita perlukan pemain yang mempunyai fizikal lebih besar dan kuat.

Pablo Aimar pula sekarang ini masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan yang mana beliau tidak dapat memberikan persembahan 100% diatas padang dimana selepas beliau beraksi dalam 2 perlawanan kami terpaksa merehatkan beliau untuk 6 perlawanan berikutnya kerana kecederaan. Dengan jumlah pelaburan yang tinggi, kita tidak bernasib baik buat masa ini apabila hanya mampu menggunakan satu pemain import antarabangsa serta satu import Asean dan ianya amat merugikan pasukan. Sehubungan itu, pihak kejurulatihan telah mencadangkan kepada ppengurusan PBNJ untuk mendapatkan pemain baru yang berkeupayaan untuk beraksi dan cergas selama 90 minit perlawanan. Ini juga untuk mengimbangi serta menyaingi pasukan lain oleh kerana kebanyakan pasukan lain sendiri mempunyai tiga pemain import yang berwibawa dan kelebihan nyata berpihak kepada mereka apabila kita kekurangan pemain yang benar-benar berkualiti di atas padang.

Keempat, berkenaan percaturan PBNJ yang sering menukar ganti pemain. Pihak pengurusan harus menghormati permintaan pihak jurulatih sebagai contoh, jika jurulatih perlukan penyerang yang baru, kita harus berusaha mendapatkan pertahanan/ pemain tengah/penyerang yang baru. Pihak pengurusan seharusnya menyokong setiap saranan jurulatih demi mencapai sasaran kita.

Kelima, isu perlantikan Bojan Hodak adalah berdasarkan rekod pencapaian beliau dimana beliau pernah memenangi empat kejuaraan serta pengalamannya yang luas di dalam liga Malaysia disamping beliau amat mengenali kekuatan pemain-pemain dan pasukan tempatan. Disini ingin saya nyatakan bahawa Cesar Jiminez masih lagi berada di dalam PBNJ selaku Pengarah Taktikal dan akan terus membantu Bojan Hodak. Beliau juga akan membimbing dan mendidik pemain-pemain muda dalam pasukan JDT II dan Piala Presiden.

Akhir sekali para penyokong haruslah bersyukur dengan pasukan yang telah dibentuk sekarang ini daripada barisan pemain, jurulatih hinggalah ke penaja pasukan dimana kita mampu untuk bersaing dengan pasukan- pasukan lain. Kita juga harus menjadi contoh sebagai sebuah persatuan bolasepak yang profesional di Malaysia khususnya. Perlu juga dilihat dari sudut yang positif dan usah hanya memandang kepada yang negatif, lakaran tiga kemenangan berturut-turut telah memberikan nafas baru untuk kita terus bersaing.

Saya selalu memberi nasihat kepada sekalian rakyat Johor untuk sentiasa bersatu bak kata pepatah 'Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh'. Kita harus sedar bahawa kita belum lagi mencapai objektif utama kita dan jangan pula menjadi bahan cacian pasukan-pasukan lain. Jika dilihat apa yang telah berlaku, belum mencapai apa-apa lagi kita sudah berpecah belah. Sepertimana yang saya pernah katakan dahulu, kita seharusnya menjadi contoh kepada pasukan-pasukan lain.

Kepada anda yang begitu mudah sangat mengugut untuk mengosongkan stadium, apa yang anda katakan telah menunjukkan kepada saya bahawa anda jelas kurang keyakinan dengan pentadbiran saya selaku Presiden PBNJ. Maka dengan itu, saya tidak teragak-agak untuk mengundur diri dan memberi laluan kepada mana-mana individu yang anda fikirkan layak.

DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim
Tunku Mahkota Johor

*********************************************

Assalamuaalaikum to all Johor Darul Ta'zim's fans and supporters.

I would like to take this opportunity to express my disappointment due to a majority of you out there jumping to conclusions and speculating without actual facts and truth.

First and foremost, I do not want any of you to fall victim to baseless allegations made by ex JDT player Andre Silva via social media. He has alleged that an agent of Johor FA has been instigating termination of foreign players within JDT. The truth is quite the opposite. Andre had in recent months pleaded to the agent wanting to return and play for JDT. However, Andre was turned down by the Management of Johor FA and following this has blatantly blamed the agent and accusing him of foul play. Personally I would like to share with all of you that when Andre was still playing for JDT, I was informed by other players and the coaching staff that he had a made statement saying that he cant wait to leave Johor because we had replaced Fandi Ahmad as Coach. This left me with no choice but to terminate his contract earlier because our policy is to not retain players who no longer show interest to play for the club. We should not let ourselves fall victim to other people's personal problems and hidden agenda.

Secondly regarding Cesar Jiminez. Cesar Jiminez is fantastic coach and very experienced, but the biggest problem encountered with Cesar is the language barrier. It is evident in the dressing room whereby the players do not completely comprehend the instructions given by Cesar as his command in English is not very good. Hence, its very difficult for him to motivate the players at every game. Players are after all humans too and every now and again needs to be motivated and not just ordered around.

Thirdly, the decision to change Baihakki and Pablo Aimar was actually a decision made by Cesar and I when he was still Head Coach of JDT.

Baihakki is a phenomenal defender however, for us to compete with foreign strikers from opposing teams, we need a defender with vast international experience. Cesar suggested that we needed a defender with greater physical ability.

As it is now, Pablo Aimar has not fully recovered from his injury and cannot contribute 100% in the games played. After playing 2 matches for JDT, we had to sit him out of 6 matches due to the injuries succumbed. With the high investment that we have made for our foreign players, we expected to field 3 foreign players at all times. However due to Pablo's injury, we were only able to field 1 foreign and 1 Asean player. Clearly from this, we were not able to maximise our investment and with the advice of the coaching staff it is important for us to have 3 foreign players at all times.

Fourthly, in regards to constant change in foreign players, the Management must respect the requests made by the Coach. For example, should the coach needs a stricker/midfielder/defender, it is the Managements duty to support the coach's request in order for the team to achieve its target.

Fifthly, the appointment of Bojan Hodak is entirely based on merits. Bojan is a highly decorated coach who have won 4 Championships and has a vast experience in Malaysian football. Apart from that, he also knows the strengths and weaknesses of our local players and teams. I would also like to inform all of you, that Cesar Jiminez is still apart of Johor FA as a Tactical Director and continues to assist Bojan. He is also overlooking JDT Under-21 as well as JDT2, training and nurturing Johor's young players.

Last but not least, as fans of JDT, we must appreciate and should be thankful with the team we have now in every aspect from the players, coaches, all the way through to the sponsors. We must be an example as a professional football association in the country.

We must also remain positive at all times. We have enjoyed 3 consecutive wins and this has given us the fighting spirit and hope that we still have a chance to fight for the title race.

I have always adviced all my fellow Johoreans that no matter what, always remain united. Like the saying goes, "United we stand, divided we fall". We must realise that we have not achieved our objectives yet. Let us not be a laughing stock and be ridiculed by other states who may accuse us of falling apart before achieving anything. Let me reiterate that we should be an example to other states.

To those who so easily threatens the association by boycotting our state teams, it clearly indicates to me that you have no confidence in my administration and judgements. With this, I would gladly make way for anyone that you believe is capable in serving as Johor FA's President.




HRH Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim
The Crown Prince of Johor

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.