Larian Olimpik Gareth Bale bantu Real Madrid bolot 2 trofi Musim Ini

Larian Olimpik Gareth Bale bantu Real Madrid bolot 2 trofi Musim Ini

klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)



Jaringan Bale menakjubkan

Valencia: Gareth Bale merumuskan ia malam yang sempurna selepas meledak gol kemenangan menakjubkan ketika membantu Real Madrid menewaskan Barcelona untuk menjuarai Copa del Rey - trofi pertamanya sejak berpindah ke Sepanyol.

Pemain sayap Wales itu bergerak solo dari tengah padang sehingga ke kotak penalti lawan, lima minit sebelum tamat perlawanan di Mestalla, Valencia sebelum bijak mengelirukan penjaga gol Jose Manuel Pinto untuk jaringan kemenangan 2-1.

Selepas semusim dibelenggu siri kecederaan sehingga mencetuskan persoalan mengenai rekod perpindahan termahalnya, jaringan itu adalah kunci jawapan kepada langkah Real membelinya dari kelab Liga Perdana Inggeris, Tottenham Hotspur.

Satu lagi trofi

Ia sangat hebat untuk memenangi trofi dan saya begitu gembira untuk memenangi trofi pertama saya bersama Real Madrid, kata pemain berusia 24 tahun itu. Kejayaan ini adalah untuk peminat yang sentiasa memberikan dorongan dan atmosfera di sini sangat menarik.


Jaringannya itu juga menunjukkan betapa dia memiliki kekuatan fizikal dengan melepasi Marc Bartra, yang menanduk masuk jaringan penyamaan Barca pada minit ke-68 selepas Angel Di Maria membuka tirai jaringan Real pada minit ke-11.


Saya perlu berlari pantas, Bartra memaksa saya dan cuba menghalang saya tetapi tidak boleh, kata Bale. Saya perlu melepasinya. Sangat bagus untuk menjaringkan gol itu tetapi ia lebih baik untuk membantu memenangi perlawanan dan juga piala.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.