Usahawan Sepanyol, Florentino Perez mengangkat sumpah sebagai Presiden Real Madrid, semalam apabila tiada calon lain yang mahu menentangnya menjelang tarikh akhir pencalonan, kata kelab itu.
Perez, 62, mengangkat sumpah di Stadium Santiago Bernabeu di Real, kata kelab itu dalam satu kenyataan yang dikirimkan ke laman webnya sejurus selepas tarikh akhirnya tiba tengah malam, kelmarin.
Beberapa pencabar yang dijangka menentangnya, menarik diri atau tidak mampu mengemukakan satu jaminan bank 57.4 juta euro yang diperlukan oleh kelab itu untuk layak bertanding presiden.
Kali terakhir Perez memimpin Real, kelab bola sepak terkaya dunia itu mencatat sejarah pasukan paling berjaya dan terkaya menerusi pendapatan di Sepanyol dari 2000 hingga 2006.
Di bawah khidmatnya, Real beroleh gelaran Los Galacticos, memenangi gelaran Liga Primera dua kali dan Liga Juara-Juara dengan bintang seperti Zinedine Zidane, Ronaldo, Luis Figo dan David Beckham.
Dia secara rasminya mengemukakan pencalonannya Khamis dengan slogan, 'impian kembali' dan berkata, pasukan yang dibantu dibinanya akan menjadi jagoan dunia.
"Kami akan membentuk sebuah pasukan istimewa dengan pemain ternama. Kami sudah merancang sebuah projek sukan yang mantap dan stabil yang mampu mendapatkan pemain bola sepak yang bakal mengubah perlawanan Real Madrid menjadi sebuah perhimpunan yang mempesonakan," katanya.
Perez tidak menyebut sebarang nama penting yang bakal diambilnya tetapi media Sepanyol melaporkan bahawa bekas pemain Chile, Manuel Pellegrini ketika ini di Villareal akan menjadi jurulatih menggantikan Juande Ramos dan kelab itu turut akan mendapatkan perancang AC Milan dari Brazil, Kaka.
Laporan media turut kerap mencanangkan bahawa Cristiano Ronaldo, bintang Liverpool, Xabi Alonso dan bintang Perancis dari Bayern Munich, Franck Ribery akan menyarung jersi serba putih itu penggal depan.
Real dipimpin sementara oleh Vicente Boluda yang menerajui kelab itu selepas Ramon Calderon berundur pada Januari berikutan tuduhan bahawa dia menipu pengundian pada perhimpunan agung tahunan kelab itu, Disember lalu.
Sekiranya calon lain menentang Perez, pemilihan bagi presiden biasanya diadakan setiap empat tahun sekali akan berlangsung pada 14 Jun ini.
Musuh ketat Real, Barcelona memenangi Liga Juara-Juara, gelaran Sepanyol dan Piala Sepanyol musim ini di bawah jurulatih Pep Guardiola.
Namun, dalam satu temu bual tersiar di akhbar harian kelmarin, El Pais, Perez berkata, kejayaan Barcelona musim ini merangsangkannya.
"Saya tidak meletakkan sebarang had pada diri saya," katanya kepada akhbar itu, menambah, kelab itu memerlukan satu revolusi.
Real mengakhiri musim ini kelmarin dengan satu kekalahan 1-2 kepada Osasuna.
Era The Galacticos bermula
Taikun kontraktor Sepanyol, Florentino Perez akan mengangkat sumpah sebagai presiden kelab Real Madrid sekali lagi selepas menang tanpa bertanding pada tarikh tutup pencalonan kelmarin.
Bakal presiden yang berusia 62 tahun itu akan dilantik secara rasmi hari ini setelah beberapa pencabarnya menarik diri dan tidak mampu memberi jaminan bank sebanyak 57.4 juta euro (RM283 juta) sebagai syarat untuk bertanding jawatan tersebut.
PEREZ melambaikan tangannya selepas diperkenalkan sebagai calon tunggal presiden baru Real di Madrid kelmarin.
Sebelum ini, Perez memimpin Real sebagai pasukan paling berjaya dalam sejarah bola sepak di Sepanyol serta muncul kelab berpendapatan tertinggi di dunia dari tahun 2000 hingga 2006.
Di bawah eranya, Real digelar sebagai The Galacticos kerana menampilkan ramai pemain berstatus bintang seperti Zinedine Zidane, Ronaldo, Luis Figo dan David Beckham.
"Kami akan membina semula sebuah pasukan yang mantap dengan dibarisi pemain yang hebat.
"Kami telah pun merangka satu projek yang kukuh dan stabil di mana mampu menarik minat pemain bintang untuk mengubah rentak permainan Real Madrid menjadi lebih menghiburkan dalam setiap perlawanan," kata Perez.
Perez masih belum mengumumkan sebarang nama yang akan dibawanya menyertai Real, namun media Sepanyol melaporkan jurulatih dari Chile, Manuel Pellegrini yang kini membimbing Villarreal, mungkin dilantik sebagai pengendali menggantikan Juande Ramos.
Media Sepanyol turut melaporkan kelab itu mungkin juga akan mendapatkan khidmat perancang AC Milan, Kaka, bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo, pemain tengah Liverpool, Xabi Alonso serta bintang Bayern Munich, Franck Ribery.
Sebelum ini, Real dipimpin presiden sementara, Vicente Boluda, yang mengambil alih kelab itu setelah Ramon Calderon meletak jawatan Januari lalu berikutan tuduhan membeli undi dalam mesyuarat agung tahunan kelab tersebut Disember lepas.
Musuh tradisi Real, Barecolna pula telah memenangi Liga Juara-Juara, Liga Sepanyol dan Piala Raja Sepanyol musim ini di bawah jurulatih baru, Pep Guardiola.
Begitupun, Perez memberitahu kejayaan treble Barca musim ini telah memberinya motivasi baru dalam dirinya.
"Saya tidak akan meletakkan sebarang had dalam diri saya," katanya sambil menambah kelab itu memerlukan satu revolusi baru ketika ini.