Juventus tetapkan jurulatih mesti orang Itali

Presiden Juventus, Giovanni Cobolli Gigli meletakkan syarat wajib dalam memilih jurulatih baru kelab Serie A itu dia mestilah berbangsa Itali.







Nuffnang Ads






Juventus memecat Claudio Ranieri pada pertengahan Mei lalu dan menggantikannya dengan bekas pemain pertahanan Itali dan kelab, Ciro Ferrara untuk dua perlawanan terakhir liga musim ini.

Keputusan itu berjalan dengan baik apabila Ferrara berjaya membantu Juventus memenangi dua perlawanan terakhir mereka untuk menduduki tangga kedua liga, di belakang Inter Milan tetapi mengatasi AC Milan.

"Kami sedang mencari jurulatih Itali. Orang itu mesti berfikiran terbuka yang sentiasa bersemangat untuk menaikkan pasukan.

"(Jean-Claude) Blanc (pengurus besar Juventus) sedang menyiapkan senarai calon dan melakukan penilaian karakter. Kami akan menganalisis mereka dan saya rasa pada penghujung minggu ini atau awal minggu depan, kita akan dapat keputusan,'' ujar Cobolli Gigli dalam laman web rasmi kelab.



Dengan kenyataan terbaru Cobolli Gigli itu, Ferrara kini menjadi calon utama jurulatih tetapi bekas pemain Juventus, Antonio Conte, jurulatih AS Roma, Luciano Spalletti dan jurulatih Genoa, Giampiero Gasperini turut dikaitkan dengan posisi itu.



"Kami telah memberi ujian (kepada Ferrara), dan dia dialu-alukan oleh peminat di Stadium Olimpico. Kami kena pilih jurulatih yang tahu bagaimana hendak menaikkan semangat Juventus, yang menghormati pencapaian lampau kelab dan tahu bagaimana hendak mengulanginya,'' kata Cobolli Gigli.

Juventus senarai pendek jurulatih Itali

Presiden Juventus, Giovanni Cobolli Gigli berkata jurulatih baru yang bakal membimbing kelab itu mungkin warganegara Itali.



Kelab itu memecat Claudio Ranieri pada pertengahan Mei lalu dan menggantikannya dengan bekas pemain Juventus dan pertahanan Itali, Ciro Ferrara bagi menghadapi dua perlawanan terakhir, musim ini.

Ia satu keputusan terbaik selepas Juventus memenangi dua perlawanan terakhir bagi menamatkan saingan di tangga kedua, mengatasi AC Milan berdasarkan rekod pertemuan lalu.

“Kami sedang mengintai untuk mendapat khidmat jurulatih kelahiran Itali,” kata Cobolli Gigli kepada laman web kelab itu.

“Seseorang itu mestilah mempunyai minda terbuka, dan mampu membangkitkan semangat pemain. (Jean-Claude) Blanc (Pengurus Besar Juventus) menyediakan senarai semua calon dengan satu penilaian berdasarkan pelbagai perwatakan.



“Kami akan menganalisis mereka dan saya rasa penghujung minggu ini atau awal minggu depan kami akan membuat keputusan.”

Ulasan Cobilli Gigli lebih terarah kepada Ferrara, antara calon yang disebut-sebut tapi bekas pemain Juventus, Antonio Conte, jurulatih AS Roma, Luciano Spalletti dan jurulatih Genoa, Giampiero Gasperini turut dikaitkan bagi mengisi jawatan itu.

“Kami sudah mencuba Ferrara dengan pasukan ini dan dia disambut baik penyokong di Olimpico. Kami akan memilih jurulatih yang mengetahui bagaimana mempamerkan semangat kental Juventus dengan menghormati terhadap masa lampau kami atau keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan lebih cepat,” katanya.



Your Ad Here

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.