Valdano tidak tahu perjanjian Ronaldo


Ketua Pengarah baru Real Madrid, Jorge Valdano berkata, dia tidak tahu menahu sebarang perjanjian untuk mendapatkan bintang Portugal, Cristiano Ronaldo daripada Manchester United.

Media Sepanyol sebelum ini heboh melaporkan bahawa bekas Presiden Real, Ramon Calderon telah bersetuju dengan pra perjanjian untuk mendapatkan Pemain Terbaik Dunia itu, tetapi ia dinafikan oleh kelab.

Valdano yang dibawa masuk dalam pengurusan baru Real sejurus Florentino Perez dilantik sebagai presiden kelmarin, memberitahu radio Cadena Ser bahawa dia tidak tahu menahu mengenai Ronaldo.

"Saya masih tidak tahu, malah saya juga tidak tahu sama ada Florentino yang akan datang ke Bernabeu petang ini telah menemui pemain-pemain lain yang akan tamat kontrak tidak lama lagi.

"Saya masih tidak melihatnya,'' kata Valdano, yang juga merupakan bekas jurulatih Real.

Perez, yang menerajui Real Madrid buat kali kedua berjanji akan melakukan projek terhebat dengan dikelilingi pemain-pemain terbaik dunia.

Langkah pertamanya bermula dengan melantik Manuel Pellegrini sebagai jurulatih selepas membayar pampasan kepada Villarreal.

Malah, dia juga melantik bekas pemain antarabangsa Perancis dan Real, Zinedine Zidane sebagai penasihat presiden.

Tiada kontrak awal ikat Ronaldo

Ketua Pengarah Real Madrid yang baru, Jorge Valdano berkata beliau tidak mengetahui adanya sebarang perjanjian untuk mendapatkan pemain sayap Manchester United, Cristiano Ronaldo.

Di Sepanyol ketika ini, sudah banyak dilaporkan adanya perjanjian awal yang dibuat oleh bekas Presiden Real, Ramon Calderon untuk mendapatkan bintang Portugis itu tetapi ia sudah dinafikan oleh kelab itu menerusi satu kenyataan bulan lalu.

Valdano, yang dibawa masuk oleh pengurusan presiden baru, Florentino Perez, berkata: “Saya tidak tahu.”


“Saya tidak tahu jika Florentino ada membuat sebarang urusan dengan kontrak yang dikatakan wujud. Saya belum lagi melihatnya.”


Perez memulakan penggal keduanya sebagai Presiden Real, kelmarin, dan berjanji untuk mewujudkan projek sukan yang hebat dengan dibantu beberapa pemain handalan dunia.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.