Pemain tengah Ivory Coast, Yaya Toure membawa trofi Liga Juara-Juara yang dimenangi pasukannya, Barcelona ke kampung halamannya di sini, semalam - destinasi pertama dalam siri jelajah ke tiga negara di benua Afrika.
Setibanya di sana, Toure telah disambut oleh peminat yang menunggu sebelum menghadap presiden negaranya.
Trofi Liga Juara-Juara itu dijadual ke Mali dan Cameroon selepas Ivory Coast sebagai menghargai jasa pemain dari negara Afrika itu yang membantu Catalan menewaskan Manchester United, minggu lalu.
''Sasaran saya selepas ini ialah Piala Negara-Negara Afrika,'' kata Toure kepada pemberita yang turut menghadiahkan kemenangan itu kepada negaranya itu.
Selepas Ivory, trofi Liga Juara-Juara itu akan diterbangkan ke Mali, negara Seydou Keita sebelum ke Cameroon, negara Samuel Eto'o.