Ancelotti sah bimbing Chelsea

Carlo Ancelotti (gambar) secara rasminya telah diumumkan sebagai pengurus baru Chelsea semalam.



Menurut satu kenyataan dari kelab itu, Ancelotti yang meletakkan jawatan sebagai pengurus AC Milan kelmarin telah menandatangani kontrak selama tiga tahun dan akan memulakan tugas pada 1 Julai depan.

"Ancelotti merupakan calon yang paling layak untuk jawatan ini.

"Dia telah membuktikan dalam tempoh yang panjang kemampuannya membina sebuah pasukan yang mencabar selain telah berjaya memenangi kejuaraan domestik dan juga Eropah.

"Kami yakin semua orang di Chelsea akan menyambut baik kehadirannya dan kami tidak sabar untuk berkerja dengannya," katanya kenyataan itu.

Selepas Chelsea memecat Luiz Felipe Scolari pada Februari lalu, tugas pengurus disandang secara sementara oleh jurulatih skuad kebangsaan Rusia, Guus Hiddink yang telah membawa Chelsea muncul juara Piala FA Sabtu lalu.

Dipetik dari laman web rasmi Chelsea semalam, Ancelotti berkata, dia menganggap pengalaman sepanjang lima tahun sebagai pemain dan lapan tahun sebagai pengurus Milan sesuatu yang sangat bermakna buat dirinya.

"Sekarang masa untuk berubah dan kini saya bersama Chelsea pula. Ia satu pengalaman baru bersama pasukan yang hebat ini.

"Tetapi tidak dilupakan ucapan terima kasih kepada seluruh pasukan, penyokong dan pemain AC Milan. Ini masa yang tepat untuk saya lakukan perubahan bersama Chelsea," kata Ancelotti.

Ancelotti dijangka membawa masuk beberapa pemain baru bagi menyarung jersi Chelsea musim depan .

Antara nama yang dikaitkan adalah Franck Ribery dari Bayern Munich, Andrea Pirlo (AC Milan), David Villa (Valencia) dan Yuri Zhirkov (CSKA Moscow).

Pengurus berusia 49 tahun itu sebelum ini pernah membimbing Reggiana, Parma dan Juventus.

Dia menjadi pengurus kelima Chelsea dalam tempoh 21 bulan selepas Jose Mourinho, Avram Grant, Luiz Felipe Scolari dan Hiddink.

Ancelotti juga merupakan pengurus berbangsa Itali ketiga yang membimbing Chelsea selepas Gianluca Vialli (1998-2000) dan Claudio Ranieri (2000-2004).


Ancelotti akhirnya kembali ke Chelsea

Carlo Ancelotti berikrar untuk memenuhi harapan pemilik Chelsea, Roman Abramovich yang begitu dahagakan kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah sebaik diumumkan sebagai pengurus baru kelab gergasi England itu, semalam.

Selepas 24 jam melepaskan jawatannya sebagai jurulatih di AC Milan, Ancelotti terus menandatangani kontrak tiga tahun bersama Chelsea yang menawarkan gaji 6.5 juta pound setahun.

Bagaimanapun Ancelotti yang dijadual memulakan tugasnya hanya pada 1 Julai ini, mengakui akan tekanan yang bakal dihadapinya dalam memenuhi cita-cita Abramovich itu.

"Sebenarnya tekanan itu sama saja ketika saya mengemudikan Milan kerana status kedua-dua kelab tidak jauh bezanya.

"Memang menjuarai Liga Juara-Juara Eropah sesuatu yang indah kerana saya pernah melaluinya sebagai pemain pada 1989 dan 1990.

"Malah, ketika menjadi jurulatih juga, ia ternyata menakjubkan. Semua orang mahu memenanginya kerana ia adalah pertandingan yang terbaik di dunia.

"Tidak terkecuali Chelsea yang sudah pun mempunyai rekod hebat, lima kali layak ke separuh akhir dalam tempoh enam tahun.

"Jadi sudah tiba masanya, kami perlu menjuarainya," katanya yang pernah membimbing Juventus dan Parma tetapi ini kali pertama berhijrah ke England.

Berbekalkan pengalaman dan rekod kejayaan di liga terbesar Eropah itu, Ancelotti yang pantas menggantikan Guus Hiddink dianggap pilihan terbaik untuk Chelsea mengakhiri kemarau tersebut.


Ancelotti pernah mengemudi Milan muncul juara pada 2003 menewaskan Juventus dan 2007 menewaskan Liverpool di samping muncul naib juara pada 2005.

Jika itu dianggap masih tidak cukup, Ancelotti punya satu lagi rekod yang boleh dibanggakan iaitu pernah menjuarai Piala Eropah ketika beraksi dengan Milan.

Di pihak Abramovich, sejak membeli Chelsea pada 2003, rezekinya untuk merangkul kejuaraan Eropah itu masih tidak kunjung tiba.


Pada perlawanan akhir 2008, mereka tewas kepada Manchester United menerusi penentuan sepakan penalti.

Malah, sebelum itu, mereka juga pernah tewas di separuh akhir kepada Monaco, Liverpool dua kali dan Barcelona pada musim ini.

Ancelotti mula 1 Julai

Chelsea semalam mengesahkan pelantikan Carlo Ancelotti (gambar) sebagai pengurus barunya dengan kontrak selama tiga tahun.

Dia akan menggantikan Guus Hiddink yang meletak jawatan selaku jurulatih sementara di Stamford Bridge selepas kemenangan Piala FA ke atas Everton, Sabtu lalu.

Ancelotti yang sudah lama dikaitkan dengan jawatan penting di Chelsea itu meninggalkan AC Milan hasil persetujuan bersama, Ahad lalu.


Ancelotti, jurulatih bekas juara Liga Juara-Juara bersetuju dengan tempoh tiga tahun bersama Blues, dipercayai bernilai £6.5 juta (RM36.9 juta) setahun dan akan mengambil alih tugas itu secara rasminya pada 1 Julai ini.

Kenyataan daripada kelab itu mengesahkan: “Carlo adalah calon yang benar-benar layak untuk jawatan itu.

“Sejak dulu lagi dia sudah membuktikan kemampuannya membantu pasukan yang dicabar dan ternyata berjaya dalam kejohanan utama tempatan dan Eropah.

“Dia juga mempunyai kerjaya gemilang sebagai seorang pemain dalam kejohanan terbabit, justeru memiliki pengalaman keseluruhan yang tiada tandingnya untuk tugas itu,” katanya.


Pelantikan Ancelotti muncul setahun selepas jurulatih Itali itu bersemuka dengan pemilik Chelsea, Roman Abramovich mengenai tugas itu.

Jurulatih berusia 49 tahun menulis dalam autobiografinya baru-baru ini apabila dia bertemu Abramovich selepas bekas pengurus Blues, Avram Grant dipecat, jutawan Russia itu mengakui dia mahukan pasukan yang mempunyai ‘personaliti’.

Ancelotti menarik perhatian Abramovich selepas menjuarai dua gelaran Liga Juara-Juara bersama Milan pada 2003 dan 2007 dan kini dia berpeluang memenuhi kehendak Abramovich untuk menghasilkan pasukan lebih menghiburkan yang mampu berjaya dalam kejohanan kelab elit Eropah itu.

Menerusi laman web Chelsea, Ancelotti berkata; “Milan memberikan pengalaman yang hebat dan selama lima tahun saya bermain bersama pasukan yang hebat dengan menghasilkan banyak kejayaan dan kemudiannya menghabiskan tempoh lapan tahun melatih pasukan hebat itu,” katanya.


Dia bakal menerima peruntukan dengan sasaran untuk membeli beberapa pemain antaranya pemain sayap Bayern Munich, Franck Ribery; pemain tengah Milan, Andrea Pirlo; penyerang Valencia, David Villa dan pemain sayap CSKA Moscow, Yuri Zhirkov.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.