Polis tingkat keselamatan stadium

Polis Kelantan akur dengan keputusan yang dibuat oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang telah memberi lampu hijau kepada pasukan negeri itu untuk beraksi semula di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu.







Nuffnang Ads






Ketua polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, sehubungan itu pihaknya akan mengaturkan kawalan keselamatan secukupnya agar kejadian buruk yang berlaku sebelum ini tidak berulang.

Abdul Rahim bagaimanapun berkata, keputusan yang telah dibuat oleh FAM itu akan dirujuk kepada Setiausaha Kerajaan Negeri terlebih dahulu.

''Pasukan negeri yang mereka sokong juga menanggung akibat kerana perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan manakala penyokong sebenar yang mencintai bola sepak tidak dapat menyaksikan perlawanan di gelanggang sendiri.

"Kita tidak mahu melihat kejadian sebelum ini akan terus berulang lagi dan sekiranya masih ada penyokong yang berbuat demikian, kita tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas," katanya.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung keputusan FAM menarik balik hukuman ke atas Kelantan yang dibenarkan semula beraksi di gelanggang sendiri.

Jawatankuasa Tatatertib FAM yang bersidang petang Sabtu lalu, telah membuat keputusan menarik balik penggantungan Stadium Sultan Muhammed IV yang dibuat jawatankuasa berkenaan pada 9 April lalu ekoran kejadian merusuh di pekarangan stadium.

Katanya, pihaknya berharap keseluruhan perlawanan selepas ini akan berjalan dengan lancar dan tidak ada lagi kejadian yang tidak diingini sehingga boleh menggugat ketenteraman.

Polis Kelantan perketat kawalan keselamatan

POLIS Kelantan menyambut baik keputusan yang dibuat oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan memberi 'lampu hijau' kepada pasukan Kelantan untuk beraksi semula di Stadium Sultan Mohammad Ke-IV.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, pihaknya akan mengetatkan kawalan keselamatan agar kejadian buruk yang berlaku sebelum ini tidak akan berulang lagi.

Beliau juga berharap kepada semua penyokong bola sepak di Kelantan supaya bersikap profesional ketika mereka menyaksikan perlawanan yang akan diadakan nanti.

Ujarnya, penyokong juga dinasihatkan supaya tidak mengikut perasaan di luar batasan sehingga bertindak keterlaluan sehingga boleh mendatangkan kecederaan kepada orang lain atau kerosakkan harta benda.

"Kita tidak mahu melihat kejadian sebelum ini akan terus berulang lagi dan sekiranya masih ada penyokong yang berbuat demikian, kita tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan FAM yang membenarkan Kelantan meneruskan baki saingan Liga Super di Stadium Sultan Mohammad Ke-IV berkuatkuasa serta merta.

Jawatankuasa Tatatertib FAM yang bersidang petang Sabtu lalu, telah membuat keputusan menarik balik penggantungan Stadium Sultan Mohammad Ke-IV yang dibuat jawatankuasa berkenaan pada 9 April lalu.

Abdul Rahim menambah, keputusan yang telah dibuat oleh FAM itu akan dirujuk kepada Setiuasaha Kerajaan Negeri terlebih dahulu.

Katanya, pihaknya berharap keseluruhan perlawanan selepas ini akan berjalan dengan lancar dan tidak ada lagi kejadian yang tidak diingini sehingga boleh menggugat ketenteraman.



Your Ad Here

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.