
Harith Haiqal julang Selangor di Likas

Gol kemenangan Selangor itu dijaringkan Harith Haiqal Adam Afkar, lima minit sebelum aksi tamat selepas berjaya memanfaatkan bola muntah daripada dakapan penjaga gol Sabah, Khairul Fahmi Che Mat.
Sebelum itu kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada babak pertama dengan Sabah terlebih dahulu di depan akibat kesilapan kapten Selangor, Muhammad Safuwan Baharuddin yang tersepak bola ke dalam gawang sendiri di minit ke-27.

Namun, malang bagi Sabah apabila Khairul terlepas bola dalam situasi kucar-kacir di hadapan gawangnya yang membolehkan Harith menjaringkan gol kemenangan.
SOURCE: Sukan BH
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola