Sabah belasah KL Rovers untuk ke suku akhir

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
JAFRI Firdaus meraikan jaringan keenam bersama rakan sepasukan ketika menentang KL Rovers di Stadium Likas.
( 📸 ©FOTO Mohd Adam Arinin / Harian Metro)
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)

Piala FA: Sabah FC 7-0 KL Rovers

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Pemain Sabah FC, Park Taesu (tengah) menjaringkan gol keempat skuad Sang Badak ketika menentang KL Rovers dalam saingan Piala FA di Stadium Likas, malam ini.
( 📸 ©Foto NSTP/Mohd Adam Arinin)
KOTA KINABALU: Sabah FC melayakkan mudah melangkah ke suku akhir Piala FA 2024 selepas membelasah KL Rovers FC 7-0 dalam aksi pusingan 16 di Stadium Likas, sebentar tadi.

Kemenangan besar itu bermula selepas tuan rumah berjaya memecah benteng pertahanan pasukan pelawat pada minit ke-16 menerusi situasi bola mati yang disempurnakan Saddil Ramdani.

Sebelum itu, benteng KL Rovers agak kebal walaupun Sabah jelas lebih menguasai perlawanan dan melancarkan serangan demi serangan dari awal minit permainan.

Gol pertama berkenaan seolah-olah membuka pintu kepada skuad Sang Badak untuk melancarkan serangan yang lebih berbahaya dan akhirnya berjaya menambah dua lagi gol sebelum babak pertama berakhir.

Jaringan kedua dan ketiga tuan rumah disumbangkan penyerang importnya, Ramon Machado, masing-masing pada minit ke-27 dan ke-44.

KL Rovers hampir mendapat peluang keemasan untuk meraih gol pertama apabila penyerangnya Muhamad Rafie Mat Yaacob dijatuhkan pemain sayap Sabah, S Kumaahran di dalam kotak penalti pada minit ke-37.

Bagaimanapun, semakan video bantuan pengadil (VAR) mendapati kedudukan Muhamad Rafie sudah ofsaid sebelum pemain itu dijatuhkan Kumaahran, sekali gus sepakan penalti yang mahu diberikan pengadil dibatalkan.

Beralih ke separuh masa kedua, Sabah tidak menunggu lama untuk menambah gol keempat apabila kapten pasukan, Park Taesu berjaya menjaringkan gol mudah hasil hantaran Daniel Ting pada minit ke-50.

Lapan minit kemudian, Ramon Machado menambah gol kelima untuk pasukan dan yang ketiga untuk dirinya hasil serangan balas skuad Sang Badak ketika pemain KL Rovers ramai berkampung di kawasan Sabah membantu serangan rakan mereka.

Skuad Sang Badak kemudian menambah gol keenam pada minit ke-72, kali ini menerusi Mohd Jafri Chew dan ia berlaku tidak sampai seminit penjaga gol gantian KL Rovers, Aquila Abdul Rhaman mengambil alih kawalan gawang daripada Ahmad Asyraaf Omar.

Kegembiraan Sabah berterusan apabila pemain KL Rovers, Mohd Raffi Nagoorgani menyebabkan jaringan sendiri pada masa kecederaan, sekali gus membolehkan Sang Badak menamatkan perlawanan dengan kemenangan 7-0.

SOURCE: Berita Harian

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.