Keningau FA buat kejutan gol awal
KENINGAU: Sabah FC memulakan aksi pemanas badan menjelang Liga Super bulan depan dengan kemenangan besar 10-2 ke atas Keningau FA di padang Kompleks Sukan Keningau, di sini, malam tadi.Walaupun sudah dijangka kemenangan bakal memihak mereka, skuad Sang Badak tetap berdepan tentangan sengit pemain tempatan, malah dikejutkan dengan gol awal pemain Keningau.
Tuan rumah membuka tirai jaringan seawal minit ketujuh menerusi Jufrey Omopor yang juga bekas pemain Sabah untuk mendahului 1-0.
Bermula dari situ, Sabah tidak menoleh ke belakang dan menambah gol menerusi Harith Naem (m-21), Azhad (m-25), Telmo Castanheira (m-43), Jafri Firdaus Chew (m-54), Ramon Machado (m-67 dan 79), Darren Lok (m-77 dan 83) dan Saddil Ramdani (m-91).
Tuan rumah hanya mampu menambah satu gol menerusi Oliver Jhony (m-40).
SOURCE: BH
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola