Piala AFC : Sabah FC perlu fokus lawan Hai Phong di Vietnam

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
KIM Swee ketika sidang media di Hanoi hari ini.
( 📸 ©Sabah Football Club)

Skuad terbaik Sabah lawan Hai Phong

SABAH FC menjangkakan tentangan sengit daripada kelab Vietnam, Hai Phong FC, dalam aksi Kumpulan H Piala AFC di Stadium Lach Tray, Hanoi, pada Rabu.
A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Datuk Ong Kim Swee.
( 📸 ©sabahmedia.com)
Malah, pengendali Sabah, Datuk Ong Kim Swee percaya The Flamboyant kendalian Chu Dình Nghiem akan memanfaatkan aksi di laman sendiri bagi meraih tiga mata.

Katanya, Hai Phong tiada pilihan kecuali menang selepas tewas kepada Hougang dalam perlawanan terakhir selepas bermula baik menjinakkan PSM Makassar.

"Kami membuat persediaan sebaiknya dan semua sedar aksi terakhir kami menentang PSM Makassar di Bali, jadi ada sedikit tempoh jarak waktu dan ia beri sedikit kelebihan buat pasukan untuk kembali cergas.

"Keadaan semasa pasukan juga sangat baik tetapi seperti kita tahu ia bukan aksi mudah menentang Haipong, biarpun mereka tewas dalam aksi terakhir berdepan Hougang.


"Saya ingin tekankan di sini bahawa paling penting dalam perlawanan ini ialah para pemain fokus dan melaksanakan perancangan taktikal pasukan dalam meraih keputusan positif," katanya pada sidang akhbar pra perlawanan di Hanoi, pada Selasa.

Sebagai rekod, Sabah mengungguli Kumpulan H dengan enam mata selepas meraih dua kemenangan ke atas Hougang United (Singapura), 3-1 dan PSM Makassar (Indonesia) 5-0.

Sementara itu, pemain tengah The Rhinos, Stuart Wilkin menyifatkan dua kemenangan ketika menentang PSM Makassar dan Hougang meningkatkan motivasi para pemain untuk perlawanan ini.
A picture of a young Vladimir Cheskidov.
KIM Swee ketika sidang media di Hanoi hari ini.
( 📸 ©Sabah Football Club. )
Namun Wilkin senada dengan Kim Swee apabila menjangkakan bukan perlawanan yang mudah berdepan Hai Phong yang dipacu sokongan para penyokong.

"Kami mengambil serius perlawanan ini dengan mengkaji corak permainan Hai Phong dalam dua perlawanan terakhir.

"Kami juga tidak akan mengambil ringan cabaran Hai Phong biarpun misi pasukan ini adalah membawa pulang keputusan positif dari Hanoi," katanya.

SOURCE: Sinar Harian

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.