Legenda Man Utd dan England Sir Bobby Charlton Meninggal Dunia

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Sir Bobby Charltonmengecapi pelbagai kejayaan sepanjang kariernya bergelar pemain.
( 📸 ©AFP/OLI SCARFF)
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)


Sir Bobby Charlton meninggal dunia dalam usia 86 tahun.

LONDON: Pemenang Piala Dunia England dan legenda Manchester United, Bobby Charlton meninggal dunia pada usia 86 tahun, umum keluarganya dalam satu kenyataan sebentar tadi.
A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Duta FIFA dan legenda bola sepak England, Bobby Charlton.
(📸 ©REUTERS)
Charlton ialah anggota skuad England yang menang Piala Dunia 1966 selain melalui era kehebatan di peringkat kelab bersama United, yang bergelar kelab England pertama menang Piala Eropah pada 1968.

"Ia berita yang menyedihkan untuk kami kongsikan bahawa Sir Bobby meninggal dunia dengan tenang pada awal pagi Sabtu. Dia dikelilingi keluarganya," kata kenyataan yang mewakili keluarga Charlton.
A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Sir Bobby Charlton pernah menjulang pelbagai trofi termasuk Liga Juara-Juara Eropah bersama Manchester United.
(📸 ©UTUSAN)
Kejayaan Charlton menjulang Piala Eropah di United hadir 10 tahun selepas nahas udara Munich ketika dia dan pengurus pasukan, Matt Busby terselamat namun mengorbankan lapan rakan sepasukan Charlton.

"Manchester United berkabung selepas kematian Sir Bobby Charlton, seorang daripada pemain terhebat dan paling disayangi dalam sejarah kelab kami," kata kelab itu dalam satu kenyataan. - AFP

SOURCE: Berita Harian

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.