Piala AFC 2023: “Dua gol awal rencatkan pelan kami” – Kim Swee

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
PENGENDALI Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee.
( 📸 ©flashsukan.com.my)



PENGENDALI Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee mengakui dua gol awal yang dijaringkan Haiphong FC merencatkan pelan permainan mereka namun memuji karektor yang ditunjukkan para pemainnya ketika cuba bangkit selepas ketinggalan.

Sabah tewas buat kali pertama dalam kempen Piala AFC musim kepada wakil Vietnam, Haiphong FC 3-2 dalam aksi di Stadium Lach Tray, Haiphong dan terpaksa melepaskan takhta Kumpulan H setelah berakhir tiga perlawanan.

“Sudah tentu ianya tidak baik untuk kami lepaskan dua gol terlalu awal yang merencatkan pelan permainan kami dan tahu Haiphong perlukan kemenangan dalam perlawanan ini untuk memastikan mereka menghidupkan kembali peluang dalam kumpulan ini.

“Mereka adalah pasukan yang baik, tetapi segalanya belum berakhir dan para pemain menunjukkan karektor yang baik meskipun ketinggalan 2-0 dan 3-1, kami cuba bangkit namun sayang tidak dapat mencari gol penyamaan,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan.

Kim Swee juga turut menyatakan bahawa pemilihan pemainnya ke skuad kebangsaan namun tidak kerap digunakan atau tidak diturunkan langsung menggangu prestasi mereka kerana keletihan dan sedikit menjejaskan persiapan perlawanan ini.

“Pemain yang dipanggil ke skuad kebangsaan terutama Dominic Tan, Darren Lok, Stuart Wilkin dan Daniel Ting yang kurang minit permainan atau tidak ada minit permainan langsung menggangu prestasi mereka kerana sangat penat namun mereka masih berikan komitmen penuh dalam perlawanan ini,” jelasnya.

Sabah kini perlu kembali mencari kemenangan apabila menerima kunjungan lawan yang sama di Likas pada 9 November dengan kemenangan akan membuka semula peluang layak ke peringkat seterusnya.

Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan H, PSM Makassar mencatat kemenangan pertama selepas menewaskan Hougang United 3-1 sekaligus menjadikan saingan kumpulan ini kembali terbuka luas.

SOURCE: flashsukan.com.my

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.