‘Wrexham sentiasa istimewa di hati saya’ - Ben Foster

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
adehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.
( 📸 ©espn.co.uk)
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)


Bersara: Ben Foster batal kontrak di Wrexham

BEKAS penjaga gol England, Ben Foster mengesahkan persaraan semula, kata pemain berusia 40 tahun itu pada Isnin dua bulan selepas menandatangani lanjutan kontrak setahun dengan kelab Liga Dua (Divisyen Empat), Wrexham.

Legenda Manchester United itu sebelum ini memainkan peranan penting dalam membantu kelab tradisi Wales itu kembali dalam Liga Bola Sepak Inggeris.

Dia membuat 12 penampilan sepanjang berada di kelab itu, yang dimiliki oleh bintang Hollywood, Ryan Reynolds dan Rob McElhenney.

Foster sebelum ini mengumumkan keluar daripada persaraan apabila menandatangani perjanjian jangka pendek dengan Wrexham pada Mac.

Dia muncul wira apabila menyelamatkan penalti masa kecederaan menentang Notts County pada bulan berikutnya untuk meletakkan Wrexham dalam jarak menyentuh kenaikan automatik dari Liga Kebangsaan.

“Sejujurnya, persembahan saya musim ini belum mencapai tahap yang dimahukan, dan saya rasa sekarang adalah masa yang sesuai untuk bersara.

“Di barisan hadapan fikiran saya apabila membuat keputusan ini bukan sahaja yang terbaik untuk saya tetapi juga kelab, dan membuat keputusan itu kini memberi peluang kepada kelab untuk menilai pilihan mereka sebelum jendela (perpindahan) ditutup.

“Wrexham akan sentiasa mendapat tempat yang istimewa di hati saya,” kata Foster dalam satu kenyataan.

SOURCE: Sinar Harian

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.