Piala Super UEFA: Manchester City bergelar juara atasi Sevilla dalam penentuan penalti

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
(City bergelar juara selepas menang penentuan penalti 5-4) .
( 📸 ©stadiumastro.com)
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)


MANCHESTER CITY 1-1 SEVILLA

Manchester City menjulang trofi pertama musim ini apabila pasukan bimbingan Pep Guardiola itu mengatasi Sevilla dalam penentuan sepakan penalti Piala Super UEFA di Stadium Karaiskakis, Greece awal pagi tadi.

Selepas tewas kepada Arsenal dalam perebutan Perisai Komuniti 10 hari lalu -- juga dengan penentuan sepakan penalti -- pemenang gelaran 'treble' musim lalu itu pada awalnya mempamerkan aksi hambar menentang juara Liga Europa berkenaan.

Kesempatan itu dimanfaatkan Youssef En-Nesyri untuk meletakkan Sevilla di depan pada minit ke-25 tetapi Cole Palmer kembali mengikat kedudukan buat City menerusi tandukannya pada minit-63 dan keputusan 1-1 itu kekal sehingga tamat waktu sebenar.

Dengan tiada jaringan pemisah di antara kedua-dua pasukan, sembilan pengambil sepakan penalti pertama berhasil menemui sasaran sebelum tendangan Nemanja Gudelj terkena palang, sekali gus menobatkan City sebagai juara hasil kemenangan 5-4 dalam penentuan berkenaan.

Dengan kemenangan itu, Guardiola menjadi pengurus pertama memenangi Piala Super UEFA dengan tiga pasukan berbeza selain menyamai rekod Carlo Ancelotti menjuarai empat gelaran berkenaan.

SOURCE: stadiumastro.com

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.