Ong Kim Swee tidak mahu kekalahan 'jaringan besar' hantui pasukan

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
PENGENDALI Sabah FC Datuk Ong Kim Swee (tengah).
( 📸 ©NSTP)
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)


Lupakan episod ‘jaringan besar’, fokus perbaiki kedudukan

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Ketua Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee berkata, pemain perlu melupakan badi kekalahan dengan jumlah jaringan yang besar sekaligus kembali ke landasan sebenar.
(📸 ©Sabah Media
Pengendali Sabah FC Datuk Ong Kim Swee tidak mahu barisan anak buahnya terus meratapi kekalahan lalu apabila turun menentang Kuala Lumpur City (KL City) FC di Stadium Likas, esok.

Para pemain Sabah FC harus melupakan episod tewas ‘jaringan besar’ sebaliknya perlu fokus bagi memenangi perlawanan menentang Kuala Lumpur City FC pada aksi Liga Super di Stadium Likas malam esok.

Kim Swee berkata, walaupun kekalahan 1-5 kepada JDT pada pertemuan lalu cukup pedih untuk ditelan namun beliau mahu barisan pemain terus fokus untuk memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.

Katanya, Sabah FC harus memperbaiki kedudukan mereka dalam perlawanan terakhir dalam saingan liga super bagi mengembalikan keyakinan peminat tegar kepada mereka.

"Sehingga kini, kita masih lagi mempunyai beberapa pemain termasuk Saddil Ramdani dan Miguel Ángel Garrido Cifuentes berada dalam senarai kecederaan.

"Saya harap mereka sempat pulih sebelum perlawanan bermula dan menggunakan peluang ada untuk mengutip tiga mata," katanya.

Selain itu, beliau juga berkata, Sabah FC memerlukan keputusan positif serta tidak boleh mengalami kekalahan demi kekalahan sehingga mereka kehilangan mata berharga.

"Kita ingin mengekalkan di kelompok teratas liga. Ini penting bagi memastikan apabila berakhir nanti Sabah FC berada dalam satu kedudukan yang baik," katanya.

SOURCE: Harian Metro

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.