JDT waspada kebangkitan Perak, belum fikir kejuaraan liga

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Esteban Andrés Solari Poggio
( 📸 ©NIK ABDULLAH NIK OMAR)
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)


Solari kekal merendah diri

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Solari tidak mahu fokus soal kejuaraan Liga Super ketika saingan berbaki tujuh perlawanan.
(📸 ©Harian Metro)
Johor Darul Ta'zim (JDT) tidak mahu mendabik dada terlalu awal walaupun dikatakan sudah selangkah untuk bergelar juara Liga Super untuk kali ke 10 berturut-turut.

Pengendali JDT, Esteban Solari berkata, beliau mahu menghabiskan baki perlawanan Liga Super terlebih dahulu dengan merangkul kemenangan bergaya sebelum memikirkan kejuaraan itu.

Beliau berkata, walaupun sudah bertiup kencang skuad Harimau Selatan itu sukar digugat untuk merangkul juara liga, namun beliau enggan dibuai mimpi indah hingga menganggu perancangan terhadap pasukannya.

"Kami masih belum fikirkan untuk buru kejuaraan liga walaupun sememangnya itu sasaran yang diletak kerana masih ada beberapa perlawanan lagi yang perlu kami tempuhi dan biar kami fokus satu demi satu perlawanan yang mendatang.

"Jadi kami harus meningkatkan lagi disiplin taktikal dan mengekalkan permainan berintensiti tinggi malah apa jua kelemahan yang dikesan akan segera diperkemaskan dan pemain juga perlu mengelak daripada beraksi dalam tekanan kerana ia boleh menjejaskan rentak permainan,"katanya.

Ketika ini, JDT dilihat tidak terkesan meskipun tanpa tonggak utama seperti Fernando Forestieri, Diogo Luis Santo dan Leandro Velazquez yang mengalami kecederaan sekali gus terpaksa mengguna khidmat pemain lain bagi menangani masalah terbabit.

Namun, Gandingan Juan Muniz bersama Hong Wan dan Oscar Arribas dilihat berjaya membentuk persefahaman yang menarik ditambah kehadiran Heberty Fernandes di bahagian serangan yang mampu mengelirukan barisan pertahanan lawan.

Ketika ini, JDT masih lagi unggul di tangga teratas Liga Super dengan meraih kemenangan pada semua pertemuan apabila mengutip 57 mata manakala Selangor di tangga kedua pula mengumpul 43 mata.

SOURCE: Harian Metro

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.