MARCELO dari Fluminense (Kiri) menangis selepas mengasari mengakibatkan kecederaan kepada Luciano Sanchez dari Argentinos Juniors (tiada dalam rangka) semasa perlawanan pusingan 16 Copa CONMEBOL Libertadores antara Argentinos Juniors dan Fluminense di Stadium Diego Maradona, Buenos Aires, 1 Ogos 2023. (Getty Image)
Marcelo cuba menggelecek melepasi Sanchez namun kaki kirinya terpijak bahagian bawah lutut pemain Argentina itu dengan kuat.
Argentinos berkata Sanchez telah dibawa ke Sanatorium Finochietto (klinik) berdekatan untuk rawatan dan kelab itu kemudiannya akan memberikan maklumat terkini mengenai tahap kecederaannya.
"Hari ini saya mengalami saat yang sangat sukar di atas padang," tulis Marcelo di Instagram.
"Saya secara tidak sengaja mencederakan rakan pemain. Saya ingin mendoakan dia sembuh secepat mungkin."
Kelab Brazil itu juga menyiarkan mesej sokongan di platform X, yang dahulunya dikenali sebagai Twitter.
"Fluminense FC menyatakan solidaritinya dan mendoakan pemulihan segera kepada pertahanan Argentinos Juniors, Luciano Sanchez, yang cedera dalam pertembungan secara tidak sengaja dalam perlawanan malam ini," katanya.
Perlawanan pertama pertembungan pusingan 16 akhir berakhir dengan keputusan seri 1-1 di Stadium Diego Armando Maradona.
SOURCE: Harian Metro
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola