Senarai Pemain Yang Didaftarkan Pada Jendela Perpindahan Kedua Liga Malaysia 2023

Vrsaljko: Argentina Menangis Seperti Cewek!
Senarai Pemain Yang Didaftarkan Pada Jendela Perpindahan Kedua Liga Malaysia 2023.
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)


Senarai Pemain Yang Didaftarkan Pada Jendela Perpindahan Kedua Liga M 2023

Picture

Trend Pembelian Pemain Kelab Pantai Timur 'bernafsu besar'

respectful rivalry: Rio Ferdinand and Sergio Aguero (©Gallo Images) AKSI Tukhtasinov (kiri) ketika bertemu Negeri Sembilan FC. (Foto ©GHAZALI KORI/Harian Metro)
Kuala Lumpur: Dua kelab dari Pantai Timur iaitu Terengganu FC dan Kelantan United antara pasukan yang berbelanja besar pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga M) yang akan ditutup tengah malam ini.

Berdasarkan semakan di laman sesawang Transfermarkt.com, menyaksikan Terengganu membawa masuk dua tonggak baharu iaitu Nurillo Tukhtasinov dari Uzbekistan dengan tanda harga sekitar RM4 juta diikuti bekas pemain Selangor FC, Nurhakim Hassan pada nilai RM374,000, sekali gus menghimpunkan jumlah tertinggi sebanyak RM4.3 juta.

Menyaingi rapat pasukan Kelantan United yang membawa masuk sembilan tonggak baharu termasuk Dominik Balic dengan harga RM873,000 serta Ismaheel Akinade pada nilai RM748,000 untuk mencatat jumlah keseluruhan sekitar RM3.6 juta.

Ia kemudian diikuti Perak FC yang merekodkan RM3.3 juta dengan kemasukan penyerang import Luka Milunovic paling mahal buat pasukan itu dengan nilai RM2.2 juta.

Manakala Kedah Darul Aman FC dan Sabah FC masing-masing membelanjakan sekitar RM3 juta pada perpindahan kedua ini, bagi memperkuatkan beberapa bahagian terutamanya di jentera serangan.

Begitupun, buat dua kelab besar Liga M iaitu Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor FC dilihat kurang bernafsu pada jendela kali ini apabila masing-masing hanya mencatatkan RM1.9 juta dan RM2.7 juta sahaja.

Malah, terdapat juga dua kelab yang langsung tidak 'membeli belah' ekoran langkah berjimat cermat yang diambil pasukan berkenaan di mana naib juara Piala FA, Kuala Lumpur City FC dan Negeri Sembilan FC lebih selesa untuk mengekalkan barisan pemain sedia ada.

Kelantan FC pula tidak termasuk dalam senarai kerana pasukan itu baru saja dilepaskan daripada sekatan pembelian pemain oleh Persatuan Bolasepak Malaysia dan Liga Bolasepak Malaysia baru-baru ini.

Berdasarkan perkiraan secara keseluruhan, dianggarkan sejumlah RM29 juta dibelanjakan oleh kesemua pasukan bertanding bagi memperkukuhkan pasukan untuk mengharungi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia selepas ini.

Pengarah Urusan Action Football Asia (M) Sdn Bhd, Effendi Jagan Abdullah menyatakan, kesungguhan beberapa pasukan membeli pemain adalah bagi memperbaiki kedudukan dalam liga.

Begitupun untuk mencabar kejuaraan, Effendi merasakan ia agak sukar terutama untuk menandingi JDT yang sudah jauh meninggalkan pasukan-pasukan lain dalam Liga M.

"Kalau kata kemasukan pemain ini untuk bagi cabaran kepada JDT, bagi saya perkata itu tidak akan berlaku.

"JDT jauh lebih baik, malah kutipan mata dalam Liga Super juga menunjukkan JDT agak sukar untuk digugat," katanya.

SOURCE: Harian Metro

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.