Ajal selepas jaringan gol Sabah lawan JDT

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Anggota polis mengusung seorang penonton lelaki yang rebah ketika perlawanan Liga Super di antara Sabah FC dan JDT di Stadium Likas, Kota Kinabalu, malam tadi.
(📸©Ihsan Penyokong Sabah FC)
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)


Penyokong Sabah Meninggal Dunia Di Stadium Likas

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Foto Instagram Sabah FC.
(📸©MakanBola.com)
Seorang penyokong Sabah FC tidak sedarkan diri semasa menonton perlawanan Liga Super membabitkan pasukan itu dan Johor Darul Ta’zim (JDT) FC semalam dilaporkan telah meninggal dunia.

Mangsa, Addly Elly bin Mily, rebah semasa penyokong skuad Badak meraikan gol awal Jafri Firdaus Chew pada minit ke-13.

Sebaik menyedari apa yang berlaku, penyokong segera memberi bantuan kecemasan kepada beliau sebelum pasukan perubatan membawanya ke Hospital Queen Elizabeth 1.

Bagaimanapun, Addly Elly dilaporkan telah meninggal dunia semasa dalam perjalanan dibawa ke hospital.

Susulan itu, pengurusan Sabah FC memaklumkan merasa berdukacita dengan apa yang berlaku dan mengucapkan takziah kepada keluarga beliau.

“Allahyarham meninggal dunia dalam perjalanan menuju ke hospital selepas tidak sedarkan diri semasa menyaksikan perlawanan Sabah FC vs JDT di Stadium Likas semalam (Rabu).

“Sabah FC turut berdukacita, bersimpati dan sekali lagi memanjangkan ucapan Takziah kepada keluarga Allahyarham,” kata pihak pengurusan dalam satu kenyataan hari ini.

Aksi Sabah FC-JDT FC yang berakhir dengan kemenangan 5-1 untuk pelawat semalam menyaksikan 15,000 penonton hadir.
A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Seorang lelaki yang pengsan ketika menyaksikan perlawanan Liga Super antara Sabah FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Likas di sini, malam tadi, dilaporkan meninggal dunia.
(📸©Instagram Sabah FC)
Seorang lelaki yang pengsan ketika menyaksikan perlawanan Liga Super di antara Sabah FC dan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Likas, di sini malam tadi, dilaporkan meninggal dunia.

Lelaki berusia 39 tahun terbabit dikatakan pengsan jam 8.27 malam, sejurus selepas pasukan Sabah FC menjaringkan gol pertama pada perlawanan itu.

Sumber berkata, lelaki terbabit secara tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri ketika penyokong meraikan jaringan Sabah FC.

"Kebetulan, saya bersama isteri duduk di kawasan sama (dengan lelaki terbabit) dan tiba-tiba, ada seorang lelaki tidak sedarkan diri.

"Saya kemudian segera ke tempat lelaki itu untuk memberikan bantuan pernafasan (CPR) sambil cuba menghubungi doktor bertugas," katanya yang juga seorang petugas kesihatan.

Menurutnya, pasukan perubatan kemudian datang ke tempat lelaki terbabit untuk mengusungnya, seterusnya menghantar ke Hospital Queen Elizabeth (QEH) untuk rawatan lanjut.

"Bagaimanapun, menurut doktor yang merawat, lelaki itu disahkan meninggal ketika menerima rawatan di hospital malam tadi.

"Saya sudah buat yang termampu untuk membantunya termasuk memberi bantuan pernafasan selepas dia rebah di stadium (Likas), saya ucapkan salam takziah kepada keluarga yang ditinggalkan," katanya.

Aksi Sabah FC dan JDT malam tadi menyaksikan seramai kira-kira 15,000 penyokong hadir ke Stadium Likas.

SOURCE: RED BULL

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.