Hanya Kenangan Messi, Suarez semasa di Barcelona.
Reunion Messi dan Luis Suarez Batal, Suarez Tetap di Gremio Setidaknya Sampai Disember Mendatang
PENGENDALI Gremio, Renato Portaluppi akhirnya mematahkan harapan Lionel Messi untuk bersatu semula dengan rakannya Luis Suarez di Inter Miami dalam saingan Liga Bolasepak Utama (MLS) Amerika Syarikat.Kekalahan 0-2 Gremio menentang Flamengo dalam perlawanan pertama separuh akhir Piala Brazil, Renato tampil menegaskan isu perpindahan Suarez ke kelab Inter Miami berakhir.
Sebaliknya Portaluppi yang disegani dalam kalangan penyokong Gremio menyifatkan Suarez sebagai nadi kepada apabila mengakui keupayaannya untuk membuat perubahan di padang.
"Ya, Luis Suarez sangat penting untuk kami, dia membuat perubahan kepada mood gaya permainan Gremio.
“Sinetron Suarez-Messi kini sudah tamat, kerana dia akan tinggal bersama kami sehingga Disember.
"Itu sekali gus memberikan kami dan pemain ketenangan fikiran dalam mengharungi baki musim ini.
“Sinetron itu kini sudah tamat, kerana dia akan tinggal bersama kami sehingga Disember," katanya kepada media.
Terdahulu, menurut laporan media Suarez meminta keizinan Gremio untuk menyertai bekas rakan sepasukan Barcelona Messi, Sergio Busquets, Jordi Alba, dan mungkin Andres Iniesta, di Inter Miami.
Bagaimanapun, situasi kontrak menimbulkan cabaran apabila Suarez terikat dengan kelab Brazil sehingga penghujung tahun 2024.
Gremio berkeras untuk menghormati kontrak bersama pemain itu terutamanya selepas melabur dalam pembelian Suarez.
Pada mulanya, Gremio menuntut kira-kira AS$10 juta dolar (RM45,505,000) sebagai pampasan untuk membebaskan Suarez, tetapi kini telah disahkan secara rasmi bahawa dia akan kekal di Brazil sehingga akhir tahun 2023.
SOURCE: Sinar Harian
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola