Bekas pemain Liga Super berdepan jel 34 tahun

Vrsaljko: Argentina Menangis Seperti Cewek!
MOHD. AZINEE (tengah) bersama rakannya, Muhammad Hairul (kiri) dan Khairul Akmal (depan) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Pontian hari ini atas pertuduhan pecah rumah dan simpan barang curi, Jun dan awal Julai lalu.
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)


Bekas pemain bola sepak didakwa pecah rumah, simpan barang curi

respectful rivalry: Rio Ferdinand and Sergio Aguero (©Gallo Images) Mohd Azinee (baju jingga, dua dari kiri) dihadapkan di Mahkamah Majistret, atas tiga pertuduhan pecah rumah dan memiliki harta curi, bulan lalu dan awal bulan ini. (Foto ©Sinar Harian)
PONTIAN – Seorang bekas pemain bola sepak Liga Super didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tiga pertuduhan membabitkan pecah masuk rumah dan menyimpan harta curi, antara Jun dan awal Julai lalu.

Tertuduh, Mohd Azinee Taib, 33, mengaku tidak bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Nur Azzuin Abdul Moati.

Mengikut kertas pertuduhan pertama, Mohd. Azinee didakwa bersama-sama dua lagi rakannya yang masih bebas telah memecah masuk ke sebuah rumah di Taman Benut Utama, Benut, di sini, bagi maksud mencuri.

Kesalahan itu dilakukan pada pukul 12.05 tengah hari pada 8 Jun lalu.

Bagi pertuduhan kedua pula, Mohd Azinee dituduh bersama-sama dua rakannya, Muhammad Hairul Hafiz Muzaren, 24, dan Khairul Akmal Zainol Abidin, 31, telah memecah sebuah rumah di Taman Cendana, Benut, di sini, bagi tujuan mencuri.

Kesalahan itu dilakukan mereka kira-kira pukul 1.15 tengah hari pada 3 Julai lalu.

Kedua-dua pertuduhan ini dilakukan tertuduh mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan ketiga pula, Mohd Azinee dituduh menyimpan harta curi membabitkan sebuah telefon bimbit jenama OPPO A5 bewarna putih milik mangsa rumah yang dipecah masuk.

Kesalahan itu dilakukannya di Jeti Nelayan Ayer Baloi, di sini, kira-kira pukul 4.30 petang, pada 3 Julai lalu.

Pertuduhan itu dilakukan mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurezzati Zaini manakala ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Terdahulu, Majistret Nur Azzuin membenarkan jaminan sebanyak RM5,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan diarahkan melapor diri di balai polis terdekat setiap bulan sehingga selesai kes.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 30 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Kosmo! pada 10 Julai lalu melaporkan, Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohamad Shofee Tayib mengesahkan seorang bekas pemain bola sepak tanah air dua lagi rakannya direman tujuh hari selepas disyaki terlibat kes jenayah dalam kejadian di Benut, Pontian.-KOSMO! ONLINE.

SOURCE: KOSMO

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.