Saya rasa kita telah bersedia tetapi kita tahu ini satu perjalanan yang cukup panjang
KOTA KINABALU: Sabah FC diingatkan supaya tidak mengambil mudah mana-mana pasukan lawan pada aksi Liga Super musim ini meskipun mempunyai persediaan yang cukup dan bermain di gelanggang sendiri.
Penyerang baharu dari Brazil, JaÃlton ParaÃba antara sandaran import Sabah FC dalam aksi Liga Super 2023. Pix Facebook Sabah FC
Pengendalinya, Datuk Ong Kim Swee berkata, ia termasuk perlawanan menentang PDRM FC yang bertandang ke Stadium Likas, di sini, pada aksi pertama, malam ini.
Apa yang penting, katanya pasukan perlu bermain bersungguh-sungguh kerana dengan cara itu skuad Sang Badak akan bertambah baik bagi mengharungi musim baharu.
"Saya rasa kita telah bersedia tetapi kita tahu ini satu perjalanan yang cukup panjang. Namun saya percaya pemain akan bertambah baik.
"Pasukan juga akan bertambah baik selepas bermain beberapa perlawanan.
"Namun, kita tidak boleh mengambil mudah dengan pasukan mana sekalipun kita bermain walaupun bermain di tempat sendiri," katanya, di sini.
Beliau mengulas persediaan Sabah FC menjelang perlawanan menentang PDRM FC di Stadium Likas, di sini, yang dijadual bermula jam 7.30 malam ini.
Selaku pengurus pasukan Sabah FC, Kim Swee turut menekankan perlunya semua pemain fokus kepada strategi perlawanan, namun mengingatkan agar tidak terlalu yakin.
"Kita harus fokus kepada strategi perlawanan kita dan sudah tentu kita ingin bermula dengan baik tetapi kita tidak boleh terlalu yakin kerana bimbang berlaku sebaliknya.
"Apa yang penting pemain harus mengambil setiap perlawanan dengan serius tidak kira dengan pasukan mana kita bermain," katanya.
SOURCE: BH
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola