Pemain sayap antarabangsa Jordan Mahmoud Al-Mardi dalam radar Sabah FC

Pemain sayap antarabangsa Jordan Mahmoud Al-Mardi

klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)



Pemain sayap kedah, Jordan Mahmoud Al-Mardi dalam radar Sabah FC

Beliau merupakan pemain yang menyertai Kedah pada jendela pendaftaran pemain kedua Liga Malaysia pada Jun sebagai pengganti kepada Dennis Buschening yang mengalami kecederaan dan mengambil masa untuk pulih.

Menurut ciapan wartawan The Star, T. Avineshwaran, memberi desas desus tentang Pemain sayap ini yang sedang dipantau beberapa pasukan dalam negara termasuklah minat dari kelab luar negara antaranya dari Arab Saudi dan Kuwait.


Menguatkan lagi tweet laporan wartawan tersebut mendedahkan dua pasukan Liga Super yang berminat mendapatkan khidmat pemain itu adalah Terengganu dan Sabah pada ciapan terkini artikel ini pada 22 November

‘Masa Depan Belum Jelas’ – Mahmoud Al-Mardi Sudah Anggap Kedah Seperti Rumah Sendiri

Baru-baru ini pengurusan Kedah mengumumkan akan menggugurkan semua pemain import musim ini selepas kegagalan yang dilalui.

Namun, segalanya masih belum dapat dimuktamadkan selagi pengendali baharu Kedah tidak diumumkan dek kerana masih terikat dengan kontrak.

Bagi pemain import yang baru sahaja menyertai Kedah, Mahmoud Al-Mardi tentunya mengharapkan yang jodohnya lebih panjang bersama mereka.

Namun, menurutnya, segalanya masih belum jelas mengenai kontraknya. Beliau berkongsi perkara tersebut di akaun Facebooknya, sebentar tadi.

Picture
Dengan kenyataannya yang masih sayangkan Kedah dan penyokong masih mahukannya, rumusnya mudah sekali.

Kedah wajar kekalkan apa yang baik untuk pasukan dan bukan merombak perkara yang tiada kaitan dengan kegagalan pasukan pada musim ini.

Menggugurkan pemain seperti Mahmoud jelas sekali satu perkara yang perlu difikirkan sedalamnya, namun ia masih bergantung bagaimana perancangan pengendali baharu Sang Kenari – yang belum pasti siapa.

Walaupun tempoh yang singkat bersama Sang Kenari, sumbangannya banyak dalam membantu Kedah terutamanya dalam saingan Piala AFC.

Begitupun, mereka melalui musim yang suram apabila menamatkan musim di kedudukan ke-8 Liga Super – terburuk sejak kembali ke liga utama pada 2016. Ia membawa kepada pengakhiran jodoh Aidil Sharin Sahak di sana. SOURCE: Twitter wartawan The Star, T. Avineshwaran , Semuanya Bola

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.