Senarai Pemain Sabah FC musim 2021

Sabah FC senarai 22 pemain

klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)



Sabah FC sudah ikat kontrak 22 pemain dan kini hanya perlu cari beberapa pemain termasuk pemain import bagi melengkapkan skuadnya menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.

Senarai pemain menyaksikan hanya pemain pertahanan dari Korea Selatan, Park Tae Su pemain import yang dikekalkan dari skuad musim lalu.

Ia meninggalkan baki empat kuota import untuk diisi kerana pasukan Liga Super dibenarkan menggunakan lima pemain luar negara.


Pengurus pasukan, Ahmad Marzuki Nasir berkata, usaha telah dan sedang dilakukan untuk mendapatkan pemain import.

"Kami sudah ada beberapa calon (pemain import) tetapi kekangan kita sekarang ialah membawa mereka datang ke sini kerana krisis COVID-19," katanya.

Antara pemain dalam radar Sabah FC ialah penyerang kebangsaan Jamaica, Danbe Kelly yang pernah beraksi bersama pasukan DC United di saingan Major League Soccer (MLS) Amerika Syarikat.

Turut masih dipertimbangkan ialah penyerang kacukan Thailand-Jerman, Dennis Buschening yang juga antara anggota skuad Sabah musim lalu.

Sambil itu, Sabah FC juga telah melengkapkan barisan stafnya.

"Kini, selain berusaha dapatkan pemain import, kita sudah boleh fokus sepenuhnya kepada persiapan.

"Bagaimanapun, latihan berpasukan tidak dibenarkan buat masa ini disebabkan krisis COVID-19.


"Pemain kini hanya menjalani latihan sendiri di rumah masing-masing berpandukan program latihan yang disediakan barisan jurulatih. Latihan mereka dipantau secara maya oleh jurulatih," kata Marzuki.

Sabah adalah antara negeri yang dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semula dari 13 Januari lalu hingga 26 Januari.

Latihan berpasukan adalah antara yang tidak dibenarkan sepanjang tempoh PKP.

Skuad Sabah FC setakat ini:

Pengurus pasukan: Ahmad Marzuki Nasir.
Ketua jurulatih: Kurniawan Dwi Yulianto.
Penolong ketua jurulatih: Burhan Ajui.
Pembantu jurulatih: Mohd Faisal Ahmad.
Jurulatih penjaga gol: Irwan Jamil.
Jurulatih kecergasan: Sofie Imam Faizal.
Fisioterapi: Matlan Basir.
Pemantau kecergasan: Sulaiman Arman.
Pegawai media: Emran Azmie Rosle.
Pegawai tadbir pasukan: Mohd Syazwan Imran.
Kitman: Mailin Surat.
Jurupulih 1: Bonaventure Michael.
Jurupulih 2: Maslin Saman.


Dimana antara yang diutarakan pada kali ini iaitu berkaitan dengan pemain import baru dan juga pemain baru tempatan.


Berikut dikongsikan Senarai Pemain Pasukan Sabah FC Musim 2021

Senarai Pemain Skuad Sabah FC Musim 2021
PENJAGA GOL (GK)
Rozaimie Rohim (35thn)

Robson Rendy Rining (27thn) 

Joslan Aping (20 thn)



PERTAHANAN (DF)
Mafry Balang(36thn)


Rawilson Batuil (26thn)
CAPTAIN 

Dendy Lowa(28thn) 

Park Tae-soo (31 thn)
 (Import Asia - Korea Selatan)

 Jenius Karib (27thn)

Randy Baruh Samson (25thn)

Evan Wensley Wenceslaus (22thn)
Skuad B-22 Kebangsaan Malaysia 




MIDFIELD TENGAH (MF)
Mohd Azzizan Nordin (26thn)

Alto Linus (34thn)

Ariusdius Jais
Skuad B-22 Kebangsaan Malaysia 


Maxius Musa (27thn)

Ummareng Bacok (26thn)

Ricco Nigel Milus(27thn)

Sabri Sahar (28thn)

Mohd Azwan Abdul Fattah (26thn)

Mohd Shukri Baharun
Kapten Sabah U21 




FORWARDS (FW) - SERANGAN (ST)
Bobby Gonzales (35thn)

  Dennis Buschening (29thn)
(Import Thailand)
 
Rahman Shah Marajeh (29thn)

Hamran Peter (23thn)


Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Kickbola Network dan langgan saluran Telegram Obsesbola untuk kemas kini berita bolasepak terkini.




Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.