Sabah FC bakal diperkuatkan dengan kehadiran dua pemain import dari Eropah dan Afrika pada aksi Liga Malaysia (Liga M) musim ini.
Risto Mitrevski, 29, dari Macedonia Utara dan Levy Madinda, 28, yang berasal dari Gabon menjadi pilihan pengurusan Sabah FC untuk membantu Sabah bersaing dengan pencabar lain.Nama kedua-dua pemain itu diumumkan dalam laman Facebook rasmi Sabah Football Association, petang ini, selepas senarai pemain import tempatan dan kuota Asia Tenggara diumumkan malam tadi.
Bermain di posisi pertahanan, Mitrevski memulakan karier bola sepak sebagai pemain kelab di negaranya, FK Rabotnichki ketika berumur 13 tahun hingga 18 tahun.
Dia kemudian diserap dalam pasukan utama kelab berkenaan pada 2009 hingga 2011 sebelum beralih ke pasukan Metalburg Skopje yang beraksi dalam liga tertinggi di Macedonia Utara.
Risto Mitrevski
Dia juga pernah diikat pasukan dari Israel dan menyumbang kemenangan kepada kelab yang disertainya, Hapoel Haifa dalam Israel Super Cub pada 2017 dan 2018.
Lévy Madinda
Dia bermain selama tujuh tahun bersama pasukan Celta Vigo sebelum berhijrah ke Yunani selama setahun dan seterusnya ke Turki dari 2018 hingga tahun lalu.
Madinda (kiri) pernah beraksi di La Liga selama tujuh tahun.
Saddil Ramdani
Turut diumumkan menyertai skuad Sabah FC ialah bekas kapten Selangor, Amri Yahyah dan bekas pemain Negeri Sembilan, N Thanabalan.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola