Ong Kim Swee Ucap Terima Kasih Kepada TMJ

Ong Kim Swee dan TMJ

klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)



Kenapa Ong Kim Swee Ucap Terima Kasih Kepada TMJ?

Pengendali Sabah, Datuk Ong Kim Swee mengucapkan terima kasih kepada pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail (TMJ) kerana meminjamkan beberapa pemain untuk berada dalam pasukan kendaliannya musim ini.


Antara pemain yang dipinjamkan kepada Sabah musim ini adalah Stuart Wilkin dan Irfan Fazail, yang sebelum ini beraksi bersama JDT II dalam saingan Liga Premier.


Kehadiran dua tonggak utama ini nyata memberi impak positif kepada Sabah selepas mereka berjaya menamatkan saingan Liga Super di tempat ketiga, suku akhir Piala FA, dan separuh akhir Piala Malaysia 2022.

Ini menjadi satu pencapaian yang sangat baik untuk mereka pada musim ini selepas dikendalikan dengan lebih teratur oleh Kim Swee.

Malah, kemungkinan besar skuad dari Borneo ini akan bermain di Piala AFC musim hadapan atas bantuan JDT jika pasukan Hector Bidoglio itu muncul selaku juara Piala Malaysia nanti.

Picture

Tonggak kacukan England, Stuart Wilkin antara pemain yang sangat penting dan menjadi salah satu kunci kejayaan Kim Swee musim ini, selain beliau turut mendapat minit permainan lebih banyak untuk beraksi dalam saingan lebih kompetitif berbanding ketika bersama JDT II.

Kim Swee yang pernah mewakili Sabah pada suatu ketika dahulu berharap JDT dapat melanjutkan tempoh pinjaman pemain ini dalam skuad beliau kerana mereka berada dalam senarai penting untuk musim hadapan.

Stuart sememangnya tonggak penting bagi Sabah kerana tanpa beliau di atas padang, permainan mereka jelas berlainan malah akan menghadapi sedikit kesukaran ketika menyerang.


Jika melihat situasi Sabah musim ini, mereka menghadapi kesukaran yang sangat besar di bahagian tengah dan serangan untuk mendapatkan jaringan.

Ketika tonggak utama mereka mengalami kecederaan, Kim Swee tidak mempunyai barisan simpanan yang boleh menggantikan tugas seperti diingini beliau dalam perlawanan penting.

Hal ini menyebabkan Sabah tidak menunggu lama, apabila mereka sudah menandatangani tiga pemain baharu iaitu Irfan Zakaria yang mewakili Kuala Lumpur City (KL City), serta dua tonggak dari Petaling Jaya City (PJ City), Darren Lok dan S. Kumaahran.


Kehadiran pemain ini sudah pasti dapat menarik minat lebih ramai bintang lain untuk bersama mereka musim hadapan, apatah lagi The Rhinos mempunyai hubungan baik bersama Kim Swee.

Jika melihat situasi terkini, kemungkinan besar akan ada beberapa pemain dari JDT juga akan mengikut jejak mereka ke skuad ini untuk mendapatkan minit permainan lebih banyak agar kekal relevan dalam skuad kebangsaan.

Antara pemain yang pernah bersama Kim Swee sebelum ini dalam skuad kebangsaan adalah Syafiq Ahmad, Safawi Rasid, Akhyar Rashid dan beberapa lagi nama lain.

SOURCE: SB

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.