KHAIRUL Azman mula membimbing KDA FC sejak musim 2021. FOTO FB KDA FC
KDA FC umum Khairul Azman undur diri
Alor Setar: Kedah Darul Aman FC (KDA FC) melalui proses rombakan barisan kejurulatihannya apabila jurulatih penjaga gol berpengalaman, Khairul Azman Mohamed turut mengundurkan dirinya selepas ketiadaan Aidil Sharin Sahak sebagai ketua jurulatih.
Pernah meraih gelaran sebagai penjaga gawang terbaik di Asia pada tahun 1995.
"KDA FC mencapai persetujuan bersama untuk meneruskan haluan berbeza dengan Khairul Azman berkuatkuasa hari ini.
Khairul Azman dilantik sebagai jurulatih penjaga gol skuad Helang Merah baharu musim 2021.
"Keputusan ini diambil atas pilihan beliau yang turut mengambil langkah seiring dengan pengemudi pasukan sebelum ini, Aidil Sharin.
"Pengorbanan dilakukan dapat memberi angin baru kepada penggantinya kelak dalam meniup semangat pemain untuk berjuang dalam aksi Piala Malaysia 2022.
"Khairul Azman yang mesra dipanggil 'Bro' adalah bekas penjaga gol kebangsaan dan diserap dalam barisan kejurulatihan pasukan Sang Kenari sejak musim lalu.
Tunku Ismail Sultan Ibrahim adalah individu yang membantu memulihkan kariernya.
"Dia bergandingan dengan Aidil Sharin sehingga muncul naib juara Liga Super 2021 seterusnya beraksi di Piala AFC tahun ini sehingga layak ke peringkat separuh akhir Zon Asean," menurut kenyataan itu.
Khairul Azman yang menabur bakti dengan pasukan Sabah FA pada 2009 dan Johor Darul Ta'zim (JDT) pada 2013 sebelum menyertai KDA FC, dikatakan bakal mengambil keputusan untuk bersara daripada tugas kejurulatihan.
SOURCE: HM
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola