Pelatih Timor Leste Gopalkrishnan A.S. Ramasamy menghadiri acara pers conference jelang pertandingan Kualifikasi Grup F Piala Asia U-20 2023 di Surabaya, Selasa (13/9/2022). (Bola.com/Ikhwan Yanuar)
Nasib Timor Leste di Piala AFF terletak di tangan anak Malaysia yang pernah berkerjasama dengan PSSI
Saingan Piala AFF 2022 akan bermula dengan pusingan kelayakan terlebih dahulu pada 5 dan 15 November ini antara Brunei dan Timor Leste bagi menentukan pasukan mana yang mengisi slot terakhir dalam kumpulan A.
Pelatih Timor Leste dari Malaysia Iri dengan Fasilitas di Indonesia
Kedua-dua perlawanan itu akan dimainkan di Brunei berikutan padang di Timor Leste tidak menepati standard Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Timor Leste mengintai peluang untuk layak ke kejohanan itu buat kali ketiga berturut-turut, dan keempat secara keseluruhan.
Apa yang menarik adalah, harapan Timor Leste untuk layak ke kejohanan itu kini berada di tangan warga Malaysia kerana pasukan itu kini dibimbing oleh anak Malaysia, Gopalkrishnan AS Ramasamy.
Pelatih Timnas Timor Leste, Gopalkrishnan Ramasamy tak berjanji muluk soal target timnya di laga pembuka melawan Timnas Indonesia, Rabu 14 September 2022 di Stadion Gelora Bung Tomo, Surabaya. (Foto: Fariz Yarbo/Ngopibareng.id)
Beliau sebelum ini pernah berkhidmat bersama Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sebagai salah seorang tenaga pengajar kursus kejurulatihan.
Beliau juga pernah bekerjasama dengan Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) sebagai dalam mengendalikan kursus kejurulatihan AFC yang dianjurkan oleh badan itu.
Beliau ketika itu menjadi pembantu kepada seorang lagi tenaga pengajar AFC dari Indonesia, Emral Abus.
Jelang laga Kualifikasi Piala Asia U20 2023 pelatih Timnas Gopalkrishnan A S Ramasamy seusai preskon di Surabaya, Selasa (13/9/2022) siang.(KOMPAS.com /SUCI RAHAYU)
Bulan lalu, beliau telah membimbing skuad B-19 Timor Leste dalam kelayakan Piala Asia B-20 2023 di mana beliau menamatkan saingan di tangga ketiga kumpulan F di belakang Indonesia dan Vietnam, dan berjaya mencatatkan kemenangan ke atas Hong Kong.
Dengan pelantikannya sebagai ketua jurulatih Timor Leste, Gopalkrishnan menjadi satu-satunya rakyat Malaysia ketika ini yang menjadi ketua jurulatih pasukan kebangsaan di luar negara.
Menurut laporan, Gopalkrishnan akan membariskan ramai pemain B-23 tahun dalam skuad Timor Leste di Piala AFF kali ini.
SOURCE: HM
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola