Liverpool, Man United berebut Darwin Nunez

DARWIN NUNEZ

klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)



Liverpool Siap Jadikan Darwin Nunez Pemain Termahal

Terkini: Liverpool menghantar bidaan rasmi €80 juta (£85.5 juta) untuk Nunez. Add ons sehingga €20 juta (£17.1 juta) menjadikan pakej keseluruhan boleh mencecah €100 juta (£85.54). Man United turut menghubungi ejen Nunez dan Benfica. Benfica akan mempertimbangkan tawaran kedua dua kelab. Liverpool offer kontrak 5 tahun - (Fabrizio Romano)

Picture
LONDON: Ketika Manchester United dikatakan semakin hampir menandatangani penyerang sensasi Uruguay, Darwin Nunez, musuh ketat mereka, Liverpool sedia mencantas Red De­vils de­ngan menjadi pesaing baharu.

Nunez, 22, yang cemerlang bersama Benfica musim ini dilihat sebagai calon terbaik Reds untuk menggantikan Sadio Mane yang bakal menyertai Bayern Munich.


Pada masa sama, United yang bakal dibimbing pengurus baharu, Erik Ten Hag juga terdesak untuk membawa Nunez ke Old Trafford bagi memulihkan kembali reputasi kelab berkenaan.

Picture
Begitupun, bukan Liverpool dan United sahaja yang mengejar Nunez kerana terdapat laporan beberapa kelab elit Eropah turut mengintai peluang mendapatkan bintang Uruguay itu.



Nunez mempamer aksi hebat bersama Benfica musim ini de­ngan menjaringkan 34 gol di Portugal, selain membawa kelab ke suku akhir Liga Juara-Juara.

Menurut media Portugal, pengendali ­Li­verpool, Jurgen Klopp ‘terpikat’ dengan Nunez ketika melihat aksi pemain itu pada suku akhir Liga Juara-Juara, 14 April lalu. Benfica mengikat Reds 3-3 dan Nunez turut meledak gol penyamaan.

Picture
AKSI Darwin Nunez (kiri) ketika membantu Benfica mengikat Liverpool 3-3 pada suku akhir Liga Juara-Juara, April lalu memikat Jurgen Klopp.

Nunez mempunyai klausa pelepasan 150 juta euro (RM750 juta), namun Benfica sedar agak mustahil untuk mendapatkan harga yang diletakkan, dan sedia melepaskan pemain itu pada harga 100 juta euro (RM470 juta).


Walaupun United berdepan musim mengecewakan dan gagal ke Liga Juara-Juara musim depan, Nunez dikatakan berminat menyertai projek pembinaan semula oleh Ten Hag. – AGENSI

SOURCE: Utusan

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.