TMJ umum undur diri daripada JDT

TMJ umum undur diri daripada JDT. -FOTO FB JST

klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)



TMJ umum berundur dari JDT, serah urusan kepada pengurusan kelab

Johor Bahru: Tunku Ismail Sultan Ibrahim membuat kejutan lagi apabila mengumumkan mengundur diri daripada pengurusan kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), hari ini.

Picture
Pemilik JDT itu memaklumkan menerusi satu hantaran yang dibuat di laman rasmi Facebook kelab itu, Johor Southern Tigers, sebentar tadi.

Menerusi kenyataan itu, Tunku Mahkota Johor bertindak demikian disebabkan faktor tanggungjawab serta komitmen lain yang perlu dilakukan.


"Disebabkan tanggungjawab dan komitmen saya yang lain, saya telah mengambil keputusan untuk berundur dan menyerahkan urusan harian Kelab Bolasepak JDT kepada pengurusan tertinggi kelab.

"Saya doakan yang terbaik untuk kelab dan semua," katanya dalam laman rasmi Johor Southern Tigers hari ini.

Tunku Ismail memberi sinar baharu buat kelab bolasepak di Johor itu selepas mengambil alih pengurusan kelab bermula pada penghujung musim 2012.


Sepanjang tempoh hampir sedekad ini, pelbagai kejayaan demi kejayaan yang diraih skuad Harimau Selatan itu bermula dengan memenangi gelaran Liga Super pada musim 2014 malah turut membawa masuk bintang seperti bekas pemain antarabangsa Argentina, Pablo Aimar dan bekas pemain antarabangsa Sepanyol, Daniel Guiza.

Terbaharu, Tunku Ismail membawa pemain yang pernah mewarnai Liga Itali Series A, Fernando Forestieri yang berjaya membantu JDT untuk layak ke pusingan 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara Asia (ACL) buat pertama kali dalam sejarah bola sepak negara.


Malah di bawah bimbingan Tunku Ismail, kejuaraan liga kekal sehingga lapan musim berturut-turut yang pastinya tidak mampu dijangkau oleh mana-mana pasukan yang bersaing dalam kancah Liga Malaysia (Liga M).

SOURCE: Hmetro

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.