Pemain yang pernah dipuji Arsene Wenger ini kembali ke prestasi terbaiknya.
Keputusan pemain tengah, Gary Steven Robbat untuk berhijrah ke pasukan Sabah FC ternyata merupakan satu keputusan yang sangat tepat walaupun hadir selaku pemain yang sinonim dengan masalah kecederaan.
Pemain tengah bertahan berusia 29 tahun ini beraksi dengan sangat cemerlang dan kelibat beliau sentiasa berada di mana-mana tidak kira atas, bawah, tengah, kiri mahupun kanan dengan satu tujuan utama iaitu untuk mendapatkan bola.
Selain itu, hantaran-hantaran tepat dari beliau juga membolehkan Sabah menguasai perlawanan terutamanya di bahagian tengah dan kadang kala beliau juga mempamerkan kreativiti dengan melakukan hantaran lolos yang memerangkap pihak lawan. Bagi para penyokong Sabah, walaupun Baddrol Bakhtiar berjaya meledak dua gol, namun aksi memukau Gary di bahagian tengah pasukan Sabah menjadikan pemain ini juga merupakan salah seorang pemain yang layak dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan.
Adakah faktor Datuk Ong Kim Swee yang menjadikan Gary kembali mendapat sentuhan emas? Semestinya ia menjadi salah faktor yang terpenting kerana Ong Kim Swee sendiri mengenali pemain ini semasa beliau mengendalikan skuad bawah 23 tahun negara sebelum ini.
PROFIL:
Nama: Gary Steven RobbatUmur: 29 tahun
Tarikh lahir: 3 September 1992
Tempat lahir: Kulim, Kedah
Posisi: Tengah
Pasukan:
2008-2014: Harimau Muda (#12 / Forward)
2015: JDT
2022: Sabah FC (#20 / Midfielder)
Pencapaian: 2014: Naib juara Piala Suzuki AFF
SOURCE: MB
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola