Negeri Sembilan FC juara Liga Perdana

Picture
Pasukan Negeri Sembilan meraikan kejuaraan selepas dinobatkan Juara Liga Perdana 2021 di Stadium Tuanku Abdul Rahman. - Foto BERNAMA

klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)

Negeri Sembilan menjulang gelaran Liga Perdana dengan perayaan di Stadium Paroi

SEREMBAN: Negeri Sembilan FC (NSFC) mengesahkan kejuaraan Liga Perdana musim ini selepas menundukkan PDRM FC 4-2 dalam aksi penutup tirai saingan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.
Picture
Negeri Sembilan akhiri kemarau kejuaraan, Berjaya Julang Trofi Liga Perdana 2021 milik mereka!
Kemenangan itu menyaksikan NSFC mengumpul 41 mata selepas 20 perlawanan, manakala pesaing, Sarawak United FC di tempat kedua dengan 38 mata selepas terikat 1-1 denganJohor Darul Ta'zim II (JDT II) di Larkin.


Skuad kendalian K Devan yang sudah mengesahkan tempat ke Liga Super musim hadapan dinobatkan selaku juara selepas beraksi cemerlang sepanjang tempoh 90 minit perlawanan.

Seawal minit pertama perlawanan, tuan rumah dilihat memulakan aksi dengan beberapa gerakan ke kawasan kubu PDRM. Mereka memperoleh peluang mendapatkan gol awal menerusi sepakan dari jarak kira- kira 30 meter, namun cubaan Nasrullah Hanif Johan tidak menepati sasaran.


Usaha mendapatkan gol akhirnya berhasil apabila R Barathkumar meledak gol pertama NSFC pada minit ke-25. Gol itu terhasil selepas pemain tengah berkenaan menanduk masuk menewaskan penjaga gol, Muhamad Hamka Daud.


Jaringan itu menyuntik semangat pemain skuad Rusa yang turun dengan semangat juang tinggi dalam misi melakar sejarah selepas lebih 10 tahun tanpa sebarang kejuaraan selepas kali terakhir menjulang kejuaraan Piala Malaysia pada 2011. Ketika skuad pelawat cuba bangkit merapatkan jurang terutama menerusi Bruno Suzuki, NSFC bertindak berjaya bertahan dengan baik.
Picture
Pemain Negeri Sembilan FC (NSFC), R Baratkumar (dua, kiri) meraikan jaringan gol bersama rakan sepasukan ketika menentang PDRM FC pada aksi Liga Perdana di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam tadi. NSFC menang 4-2 sekali gus muncul juara. - Foto BERNAMA.
Hasil serangan pantas di sebelah kiri, tuan rumah berjaya melebarkan penguasaan jaringan apabila pemain tengah PDRM, Muhamad Eskandar Ismail terkuis bola masuk ke gawang sendiri sekali gus membantu NSFC mendapatkan gol kedua pada minit ke-38.


Bersambung babak kedua, NSFC terus melakukan asakan ke kubu PDRM. Alain Thierry Akono memanfaat hantaran Muhamad Zaquan Adha Abd Radzak dalam kawasan gol dan berjaya menolak bola masuk untuk gol ketiga Negeri Sembilan pada minit ke-60.

Bagaimanapun akibat kelekaan bahagian pertahanan, PDRM berjaya merapatkan jurang menerusi gol pertama hasil rembatan padu G Durrkeswaran pada minit ke-63. Anak buah Wan Rohaimi Wan Ismail memperoleh gol kedua menerusi jaringan Muhamad Azrie Reza Zamri pada minit ke-71.


Berselang empat minit kemudian, NSFC mendapat gol keempat hasil tandukan pemain gantian Muhamad Fahmi Faizal di penjuru kanan PDRM. NSFC mendapat sepakan penalti pada minit ke-80, namun sepakan Zaquan Adha diselamatkan Muhamad Hamka.

Kedudukan 4-2 kekal sehingga ke wisel penamat sekali gus menobatkan NSFC sebagai juara liga mengulangi kejayaan yang pernah mereka capai pada tahun 1991.

SOURCE: Berita Harian

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.