Lepas Jaringkan Gol, Mario Balotelli Menganjing Jurulatih Yang Pernah Panggilnya ‘Tiada Otak’

Picture
Pemain Adana Demirspor, Mario Balotelli
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)


Pengurus Besiktas, Sergen Yalcin membidas tindakan pemain Adana Demirspor, Mario Balotelli yang meraikan jaringannya dihadapan pengurus itu dengan menunjukkan jari beliau ke kepala.

Isyarat tersebut membawa maksud ' no brain ' atau tiada otak merujuk kepada pengurus Besiktas itu yang memberi kenyataan 'pedas' terhadap Balotelli terhadapnya pada tahun 2013.

Keputusan berakhir dengan seri 3-3 selepas Besiktas mendahului dengan 3-1.

Bila pernah dihina oleh seseorang, pastinya perkara itu kita akan ‘simpan’ dengan harapan satu hari nanti, kita akan berpeluang membuktikan sesuatu. Mungkin itulah yang berlaku kepada Mario Balotelli baru-baru ini.


Tentunya peminat bola sepak masih ingat pada 2013, Balotelli telah membuat satu ‘skil’ di hadapan gol ketika aksi pra-musim Manchester City menentang LA Galaxy di Amerika Syarikat.

Sebaik sahaja terlepas peluang untuk menjaringkan gol kerana kesilapannya itu, beliau terus dikeluarkan oleh pengurus City pada ketika itu, Roberto Mancini.

Pada waktu itu, bekas pemain Turki, Sergen Yalcin sedang bertugas sebagai seorang pundit yang mengulas perlawanan berkenaan dan menyifatkannya sebagai pemain yang ‘tak berotak’.

Nak dijadikan cerita, Kedua-dua mereka kini meneruskan karier masing-masing di Liga Super Turki. Balotelli merupakan pemain Adana Demirspor, sementara Yalcin pula membimbing Besiktas dan mereka bertemu dalam satu perlawanan pada Selasa.


Besiktas telah mendahului 3-0 sebelum Mattias Vargas menjadikan kedudukan 3-1. Balotelli kemudian merapatkan kedudukan dengan menjaringkan gol pada minit ke-79.

Beliau meraikan jaringannya itu dengan berlari ke arah Yalcin di bangku simpanan pasukan lawan dan meletakkan dua jari telunjuknya di kepala. Ia seolah-olah satu tindakan ‘membalas dendam’ kepada individu yang pernah menghinanya.

Tindakan pemain berusia 31 tahun itu jelas tidak disenangi oleh kem Besiktas dan telah menimbulkan kekecohan dan pergaduhan.


Adana Demirspor berjaya menjaringkan gol penyamaan pada saat-saat akhir perlawanan menerusi Britt Assombalongga yang pastinya memberi kepuasan kepada Balotelli.

Sebelum ini Balotelli memang pernah dikaitkan dengan penghijrahan ke Besiktas, tetapi Yalcin sendiri menolak untuk kelab tersebut mengambil pemain yang ‘bermasalah’.

“Apabila presiden kelab bertanya kepada saya [untuk membawa masuk Balotelli], saya berterus terang mengatakan kita hanya perlukan pemain yang kurang bermasalah, tapi bukanlah saya katakan tidak,” ujar Yalcin.

“Saya kata dia adalah pemain yang mahal dengan masalah di kedua-dua dalam dan luar padang. Saya katakan kepada pihak pengurusan, saya tidak mahu bertanggungjawab sekiranya dia mula mencipta masalah di dalam kelab.

SOURCE: Semuanya Bola

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.