Rayuan Sabah guna khidmat Jelius Ating sebagai jurulatih ditolak oleh FAM

Nampak gaya Sabah FC kena cari jurulatih baru yang ada lesen Diploma AFC Pro iaitu lesen tertinggi dalam karier jurulatih.
Rayuan Sabah guna khidmat Jelius Ating sebagai jurulatih ditolak oleh FAM

Rayuan tiga jurulatih Liga-M sukar diluluskan

R ayuan Penang dan Sabah untuk menggunakan khidmat Manzoor Azwira dan Jelius Ating sebagai jurulatih dalam saingan Liga Super musim depan telah ditolak oleh FAM kerana kedua-duanya tidak ada lesen Diploma AFC Pro.

 

 

Tiga pasukan berkenaan perlu mencari calon jurulatih baru. 


Jurulatih yang dimaksudkan itu ialah Nidzam Adzha Yusoff (Kuala Lumpur), Jelius Ating (Sabah) dan Manzoor Azwira (Pulau Pinang).

 

Dalam satu temu bual Nadi Arena, Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam, berkata: "Kedudukan FAM adalah untuk mengikut segala yang terkandung dalam peraturan dan undang-undang demi memastikan kami selari dengan proses-proses yang dilaksanakan sebelum ini.

"Itu daripada pandangan saya tetapi jawatankuasa yang akan bersidang esok akan membincangkannya dengan lebih mendalam dan akan membuat keputusan selanjutnya," katanya.



Nampak gaya Penang dan Sabah kena cari jurulatih baru yang ada lesen Diploma AFC Pro iaitu lesen tertinggi dalam karier jurulatih.



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.