TERKINI: Cristiano Ronaldo Positif Covid-19, Camavinga Nampaknya Kena Cuci Juga Jersi CR7
Superstar Portugal dan Juventus, Cristiano Ronaldo, disahkan positif Covid-19. Kenyataan rasmi tentang perkara itu dibuat oleh FA Portugal sejurus selepas ujian ke atas pemain itu dikeluarkan.
Ronaldo dalam keadaan sihat dan tidak menunjukkan gejala. Dia berada dalam pengasingan bebas dan tidak akan bermain dalam perlawanan antarabangsa Portugal vs Sweden.“Cristiano Ronaldo dilepaskan daripada pasukan kebangsaan setelah diuji positif Covid-19, dan dia tidak akan bermain melawan Sweden.”
“Pemain Portugal itu sihat, tanpa gejala dan mengalami pengasingan,” menurut kenyataan FA Portugal.
Selain Ronaldo, tidak ada pemain Portugal lain yang dikesan ada covid setakat ini selepas ujian dilakukan.
Ronaldo sebelum ini mengetuai negaranya untuk mempertahankan kejuaraan UNL berdepan dengan Perancis. Beliau juga bermain dalam aksi persahabatan menentang Sepanyol terlebih dahulu.
Unidos dentro e fora do campo! 🇵🇹👏🏽👊🏽 #todosportugal pic.twitter.com/4bQSUIPm2m
— Cristiano Ronaldo (@Cristiano) October 12, 2020
Portugal ketika ini mendahului Kumpulan A3 dalam Liga Negara Eropah dengan tujuh mata, hanya mendahului kerana perbezaan gol berbanding Perancis.
Netizen kini tertumpu kepada bintang muda Perancis, Eduardo Camavinga yang mendapat jersi Cristiano Ronaldo.
Beliau menerusi kapsyen snapchatnya berkata: “Saya tak akan basuh jersi ini.”
Malang sekali beliau kini perlu membasuhnya.
Eduardo Camavinga got Cristiano Ronaldo's shirt last night following France's 0-0 draw with Portugal.
— Get French Football News (@GFFN) October 12, 2020
Captioned on his Snapchat: "I will not be washing this." pic.twitter.com/NErLwpmdnR
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date